• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Indonesia Dipercayai Dibaham Harimau Dengan Anggota Badan, Cebisan Kaki Berserakan

oleh Mohd Arshad
11/11/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Warga Indonesia Dipercayai Dibaham Harimau Dengan Anggota Badan, Cebisan Kaki Berserakan
Share on FacebookShare on Twitter

Gua Musang : Lelaki warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang kebun getah dekat Kuala Wok, Pos Pasik, di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mayat mangsa yang hanya dikenali sebagai Sukria ditemukan tidak sempurna oleh seorang lelaki tempatan yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pos Pasik.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sejurus menerima laporan penemuan anggota badan mangsa gerakan mencari mangsa dilancarkan, pada 9.30 pagi.

“Operasi terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Gua Musang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan penduduk setempat.

“Hasil pencarian menemui cebisan kaki di kawasan cerun kira-kira 500 meter dari lokasi pasukan mencari dan menyelamat tiba.

“Seterusnya di lokasi kedua menemui cebisan badan dan kaki kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dikeluarkan pada jam 4.40 petang dan dihantar ke Hospital Gua Musang (HM) untuk bedah siasat.

“Pihak Perhilitan akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap harimau dalam usaha mengesan dan menangkap haiwan liar terbabit.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

-Harian Metro

Tags: Baham Harimauwarga indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera teruk apabila disimbah air panas, dipukul dan dipicit payudara hingga luka...

Kes Patah Pengilap Cermin Kereta, Warga Indonesia Dijel 15 Bulan Tak Mampu Bayar Denda RM9,000

Kes Patah Pengilap Cermin Kereta, Warga Indonesia Dijel 15 Bulan Tak Mampu Bayar Denda RM9,000

30/10/2024
0

BATU PAHAT : Warga Indonesia yang mematahkan pengilap cermin kenderaan milik orang awam sebelum videonya tular minggu lalu, dihadapkan ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd