• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gegaran Di Ipoh: Polis Sahkan Tiada Latihan Libatkan Letupan, Aktiviti Kuari

oleh AK-47
21/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Gegaran Di Ipoh: Polis Sahkan Tiada Latihan Libatkan Letupan, Aktiviti Kuari
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Perak mengesahkan gegaran dan bunyi dentuman kuat yang berlaku di sekitar Ipoh pada Isnin bukan berpunca daripada latihan letupan pasukan keselamatan atau aktiviti kuari.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, semakan dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta mendapati, tiada sebarang latihan berkaitan letupan dijalankan anggotanya hari ini.

Menurutnya, maklumat diberikan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) juga menunjukkan tiada letupan dilakukan di kuari sebelum jam 12 tengah hari.

“Polis menerima maklumat berkaitan bunyi letupan dan gegaran berlaku di daerah Ipoh pada jam 11.06 pagi tadi.

“Semakan juga telah dibuat bersama Jabatan Meteorologi Malaysia dan daripada laporan diberikan mengesahkan daerah ini tidak terkesan dengan sebarang aktiviti seismik walaupun terdapat kejadian gempa bumi berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pusat Kawalan Kontinjen Perak di talian 05-2451119 atau 05-2451073.

“Orang ramai diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini kerana dikhuatiri mencetuskan kegusaran awam,” katanya.

Sinar Harian melaporkan satu gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan di sekitar Ipoh antaranya di Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim dan Manjoi serta pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora sekitar jam 11 pagi pada Isnin.

Gegaran yang berlaku dalam tempoh beberapa saat itu turut disusuli dengan bunyi dentuman yang kuat hingga mengakibatkan orang ramai terkejut dan cemas.

-Sinar Harian

Tags: Gegaran Di Ipohpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH, 20 Jun 2026 — Sebanyak 248 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd