• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buang Bayi Di Tempat Pembuangan Sampah, Lelaki 44 Tahun Dan Remaja 14 Tahun Ditahan

oleh AK-47
30/10/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Buang Bayi Di Tempat Pembuangan Sampah, Lelaki 44 Tahun Dan Remaja 14 Tahun Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuching : Mahkamah Majistret Sibu, hari ini, memerintahkan seorang lelaki berusia 44 tahun direman enam hari, mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan bayi lelaki di tempat pembuangan sampah di Jalan Tong Sang, Sibu, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lelaki terbabit bersama seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan polis petang semalam susulan penemuan bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkilli Suhaili berkata, hasil tindakan pantas polis menjalankan siasatan membawa kepada penahanan dua suspek itu.

Beliau berkata, ketika ditemukan orang awam pada jam 8.30 pagi semalam, bayi itu yang diletakkan di dalam bekas penyimpanan ikan berada dalam keadaan lemah.

Zulkipli berkata, berdasarkan siasatan awal, bayi yang ditemukan bersama uri dan tali pusat itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

“Bayi seberat 1.48 kilogram itu kini sedang dirawat di Hospital Sibu dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, polis percaya kes itu berjaya diselesaikan dengan penahanan dua suspek.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil memberikan maklumat dengan menghubungi talian 084-364373 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zam Zam Ismail, di talian 014-9067909.

-Harian Metro

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd