• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Kontena Malaysia Berjaya Masuk Ke Gaza

oleh Mohd Arshad
11/10/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
10 Kontena Malaysia Berjaya Masuk Ke Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 10 kontena Malaysia yang membawa makanan dan barang keperluan berjaya memasuki Gaza dan diagihkan kepada penduduk di sekitar Dir El Balah serta Khan Younis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 100 Kontena Malaysia Dari Kaherah ke Gaza, Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, 10 kontena fasa pertama daripada 100 lagi kontena berjaya melepasi Rafah, Mesir dan Kareem Shalom secara berperingkat sejak September sehingga Jumaat lalu.

“Kita menerima laporan kontena rakyat Malaysia berjaya masuk. Terima kasih kepada kerajaan dan seluruh rakyat serta kerajaan Mesir.

“Guni tepung yang tertera bendera Malaysia ini telah pun dibuat roti dan ia menggembirakan rakyat Palestin,” katanya ketika ditemui pemberita di pelepasan konvoi Misi Jelajah Peduli Ummah Sejahtera Insan al-Falah di Kompleks Islam pada Jumaat.”

Beliau yang juga Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berkata, pihaknya berusaha untuk membawa masuk 90 lagi kontena melalui Jordan.

“Rundingan dan perbincangan telah diadakan sejak dua bulan lalu bagi membolehkan bantuan dapat memasuki menerusi sebelah utara Gaza.

“Saya menjangkakan kita akan menerima berita baik, mungkin dalam tempoh sebulan akan datang,” jelas Sani.

Pada Mac lalu, Malaysia menghantar 100 kontena merangkumi 1,358 tan pelbagai barangan untuk disumbangkan menerusi misi bantuan berkenaan.

Misi bantuan itu diketuai oleh Mapim telah disempurnakan pelancarannya oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

SinarHarian-

Tags: GazakontenaMalaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd