• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tupperware Sedia Fail Permohonan Muflis Minggu Ini

oleh Mohd Arshad
17/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tupperware Sedia Fail Permohonan Muflis Minggu Ini
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK: Tupperware Brands (Tupperware) syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur bersedia memfailkan permohonan muflis minggu ini, menurut sumber rapat dengan perancangan itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ia selepas syarikat itu bergelut selama setahun untuk menghidupkan kembali perniagaan yang terjejas teruk berpunca penyusutan permintaan terhadap produknya.

Sebelum ini, Tupperware mendapatkan perlindungan dari mahkamah selepas pihaknya melanggar syarat hutang, selain turut mendapatkan nasihat undang-undang dan khidmat pakar kewangan.

Persiapan memfailkan permohonan untuk diisytihar muflis menyusuli rundingan berpanjangan antara Tupperware dengan beberapa pihak yang memberikan pinjaman.

Rundingan bertujuan mencari cara bagaimana untuk menguruskan hutang melebihi AS$700 juta (RM2.9 bilion).

Ia selepas Tupperware melanggar syarat pinjaman ketika terhimpit kemerosotan perniagaan, selepas syarikat itu memperoleh pinjaman pada tahun ini.

Menurut wakil Tupperware, perancangan memfailkan kebankrapan belum muktamad dan boleh berubah, namun enggan mengulas lanjut.

Tupperware dilaporkan sudah lama memberi amaran mengenai keraguan dalam kemampuannya untuk kekal dalam perniagaan.

Pada Jun lalu, syarikat itu merancang untuk menutup satu-satunya kilang di Amerika Syarikat (AS) dan memberhentikan hampir 150 pekerja.

Pada 2023, syarikat menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ketika itu, Miguel Fernandez dan beberapa ahli lembaga pengarah sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan perniagaan, dengan melantik Laurie Ann Goldman sebagai CEO baharu.

Pada 1946, Tupperware memperkenalkan produk berasaskan plastik kepada orang ramai selepas pengasasnya, Earl Tupper mencipta penutup kedap udara fleksibel.

Jenama itu ‘meroket’ di AS terutama menerusi parti jualan yang dianjurkan oleh wanita yang tinggal di pinggir bandar.

Syarikat berkenaan terus bergantung kepada jualan langsung oleh sekumpulan besar penjual amatur sepanjang hampir 80 tahun operasinya.

Terdapat lebih 300,000 penjual bebas dalam kalangan wanita dan lelaki setakat 2022.

BHonline-

Tags: permohonan muflisTupperware
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Tupperware Diisytihar Bankrap

Tupperware Diisytihar Bankrap

23/10/2024
0

NEW YORK: Tupperware Brands (Tupperware) syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur popular yang diisytiharkan bankrap semalam, bersetuju untuk menjual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd