• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Putuskan Kepercayaan, Ajaran GISBH Sesat

oleh AK-47
20/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Terengganu Putuskan Kepercayaan, Ajaran GISBH Sesat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Terengganu mengikut jejak Perlis apabila memutuskan untuk menfatwakan kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sebagai sesat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mengesahkan perkara itu, Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu akan mengeluarkan fatwa itu berdasarkan bukti-bukti jelas.

“Kita akan fatwakan GISBH sebagai sesat berdasarkan bukti-bukti yang jelas.

“Namun biasanya Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan putuskan lebih dahulu sebelum dibawa ke negeri masing-masing.

“Apabila sudah ada bukti-bukti kukuh dibentangkan oleh pihak-pihak tertentu berautoriti berkaitan GISBH, maka sudah tentu akan juga difatwakan sesat tanpa perlu was-was lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sebelum ini memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah sekali gus menjadi negeri pertama berbuat demikian.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan berkata fatwa dikeluarkan selepas menerima bukti meyakinkan untuk jawatankuasa berkenaan memutuskan organisasi berkenaan sesat.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabri berkata gerakan GISBH tidak begitu ketara di Terengganu ketika ini namun pihaknya tetap memandang serius isu berkenaan.

“Di Terengganu, gerakan ini tidak begitu ketara dan tidak ada aduan serius untuk dibawa ke fatwa peringkat negeri.

“Apabila ada aduan serius di peringkat kebangsaan, maka biasanya ia akan dibincangkan di peringkat MKI terlebih dahulu sebelum diputuskan oleh setiap negeri,” katanya.

-Berita Harian

Tags: GISBHSesatTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

GISBH: Anak Abuya Tidak Salahkan Sesiapa

GISBH: Anak Abuya Tidak Salahkan Sesiapa

07/11/2025
0

KAJANG – Anak bekas pengasas Al-Arqam yang bebas dari Penjara Kajang selepas selesai menjalani hukuman kerana menjadi ahli kumpulan GISB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd