• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanam Bayi Di Parkir Berlantai Simen: Polis Akan Minta Bantuan INTERPOL

oleh Mohd Arshad
09/09/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Tanam Bayi Di Parkir Berlantai Simen: Polis Akan Minta Bantuan INTERPOL
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Polis Perak akan menggunakan saluran diplomatik termasuk Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi menjejaki dan menahan suspek warga Indonesia berhubung kes penemuan mayat bayi yang ditemui ditanam di parkir berlantai simen sebuah rumah di Taman Sri Rokam, di sini, pada 28 Ogos lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, ketika ini usaha mengesan suspek iaitu seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan, dan polis juga ketika ini tidak pasti mengenai keberadaan wanita itu sama ada masih di Malaysia atau sudah pulang ke negara asalnya.

“(Suspek) belum lagi dikenal pasti. Kita tengah jejaki suspek dan siasatan masih lagi diteruskan.

“Kita akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia) selain menggunakan semua (kekuatan) risikan kita.

“Mungkin kalau kalau kita kenal pasti subjek itu sudah balik (ke negara asal), maka kita akan menggunakan saluran diplomatik melalui INTERPOL,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak bulan September 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian bayi itu tidak dapat dipastikan berikutan keadaan pereputan mayat (uncertained due to decomposition).

Abang Zainal Abidin berkata, pihaknya juga tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan atau sebaliknya.

Beliau berkata, tidak terdapat sebarang kecederaan ditemui pada mayat bayi perempuan itu dengan ia dipercayai berumur tujuh bulan ketika dilahirkan.

Terdahulu, media melaporkan polis sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia yang pernah menyewa di rumah tempat penemuan mayat bayi di bawah lantai simen itu.

Berdasarkan penerangan pemilik rumah berkenaan, rumah itu disewakan sejak tiga tahun lepas kepada seorang wanita warga Indonesia dengan bayaran RM400 sebulan namun wanita itu telah melarikan diri sejak sebulan lalu.

-Berita Harian

Tags: InterpolKes Tanam Bayipolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Tol Mungkin Boleh Kurang Jika Kos Pembangunan Lebuh Raya Dikawal

Next Post

Isu Sijil Halal: Polis Ambil Keterangan Teresa Esok

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post
Isu Sijil Halal: Polis Ambil Keterangan Teresa Esok

Isu Sijil Halal: Polis Ambil Keterangan Teresa Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd