Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Paras Air Di Empangan...

KANGAR - Paras air di Empangan Timah Tasoh hari ini mencatat bacaan paling...

Izzah Dakwa Guru Hanya...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendakwa...

Khairul Hafiz Harap Kekal...

KUALA LUMPUR – Pelari terpantas Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan mahu menggunakan Kejohanan...

Polis Sabar Diserang Wanita...

JAKARTA - 'Sabar itu istana iman'. Berkat kesabarannya, seorang anggota polis, Aiptu Sutisna,...

Suami Isteri Ditahan Bersama 6 Kg Dadah, Pelbagai Kenderaan Disita

Kuala Terengganu: Pasangan suami isteri ditahan bersama dadah seberat enam kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM768,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kubang Ikan di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Serbuan jam 1 tengah hari itu dibuat hasil intipan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berkaitan aktiviti pengedaran dadah itu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, suspek lelaki yang juga peniaga berusia 34 tahun serta isterinya berusia 37 dipercayai aktif dalam aktiviti berkenaan bermula awal tahun ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di rumah berkenaan menemui lebih 5.7 kilogram pil yaba bernilai RM720,000 dan 631.91 gram erimin 5 bernilai RM48,000 dengan rampasan dianggarkan bernilai RM768,000.

“Selain dadah, kita turut merampas beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Volkswagen Golf GTI 2.0, kereta Honda Jazz, sebuah kereta Yamaha RXZ, dua motosikal Yamaha Y15ZR dan sebuah motosikal Honda Vario, serta barangan kemas dan wang tunai RM79,000 dengan rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM1.05 juta.

“Sitaan dilakukan kerana kita mengesyaki kesemua aset terbabit diperoleh daripada hasil aktiviti pengedaran dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.


Mohd Khairi berkata, kesemua dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 48,000 penagih dadah dan dipercayai bekalan dadah itu untuk pasaran di negeri ini.

Katanya, hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati pasangan berkenaan negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan adanya sindiket. Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 8 September depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ini adalah rampasan terbesar dadah di Terengganu tahun ini dan kita akan sentiasa komited memerangi sindiket pengedaran dadah dalam memastikan matlamat menjadikan negeri ini bebas daripada gejala negatif ini,” katanya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori