Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Kes Baharu Covid-19 Terendah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,280 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, iaitu kes...

Bekas PM Britain Sah...

LONDON - ENGLAND. Hubungan Tony Blair dengan Arab Saudi telah disiasat berikutan pendedahan...

Kes Dera: Pemilik Taska,...

PUTRAJAYA - Pemilik taska di Presint 15 di sini dan dua bekas pekerja...

Kerajaan Sedia Cari Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia memulakan semula usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370...

Sejarah Tercipta, Ada Sinar Baharu

Pada April lalu, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto menolak usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengiktiraf negara Palestin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengundian dalam sidang Majlis Keselamatan PBB (UNSC) itu secara langsung menafikan keahlian penuh Palestin dalam badan dunia itu.

Menurut AS, sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin dan bukan melalui tindakan PBB.

Ia adalah susulan bantahan draf resolusi yang mengesyorkan kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB (UNGA) supaya Palestin diterima menjadi ahli PBB.

Palestin pada masa itu adalah negara pemerhati bukan ahli, pengiktirafan de facto kenegaraan yang diberikan oleh UNGA pada 2012.

Permohonan untuk menjadi ahli penuh PBB perlu diluluskan oleh UNSC dan kemudian sekurang-kurangnya dua pertiga ahli UNGA.

Namun, pada bulan ini, Palestin buat pertama kali mengambil tempat dalam kalangan negara anggota PBB pada UNGA sesi ke-79.

Ia adalah hak baharu yang diberikan kepada delegasi itu walaupun bukan ahli penuh badan berkenaan, sekali gus menjadi langkah pertama menjadi sebuah negara yang diiktiraf PBB.

Pada Mei lalu, majoriti besar pada UNGA menegaskan bahawa rakyat Palestin berhak menjadi ahli penuh, satu langkah yang disekat AS menggunakan kuasa veto.

UNGA memberikan delegasi itu hak baharu tertentu dalam resolusi terkini, yang masih mengecualikan Palestin daripada mengundi atau menjadi ahli UNSC.

Bermula dengan sesi UNGA ke-79 itu, warga Palestin boleh mengemukakan cadangan dan pindaan, dan duduk dalam kalangan negara anggota.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour, mengambil tempatnya pada sesi berkenaan di meja bertanda ‘Negara Palestin’ yang terletak antara Sri Lanka dan Sudan.

Pada minggu ini, sejarah tercipta apabila PBB meluluskan resolusi menuntut secara rasmi Israel menamatkan pendudukan di wilayah Palestin dalam tempoh 12 bulan dan sekatan dikenakan sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Resolusi yang tidak mengikat itu dibuat berdasarkan pendapat nasihat daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa pendudukan sejak 1967 berkenaan ‘melanggar undang-undang.’

Ia diluluskan selepas hasil pengundian mencatat keputusan 124 negara anggota PBB menyokong, 14 menentang dan 43 berkecuali, dengan delegasi Palestin menyifatkan pencapaian berkenaan sebagai ‘bersejarah.’


Seperti diduga, AS mengundi menentang resolusi itu, begitu juga Hungary, Republik Czech dan beberapa negara kepulauan kecil.

Terdahulu, negara-negara Arab telah meminta sesi khas itu diadakan, beberapa hari sebelum pemimpin dunia bertemu di ibu pejabat PBB untuk Perhimpunan Agung.

Resolusi itu yang kali pertama diperkenalkan oleh delegasi Palestin di bawah hak baharu diperoleh tahun ini, menuntut Israel menamatkan tanpa lengah kehadirannya yang menyalahi undang-undang di wilayah Palestin yang diduduki.

Ia sekali gus menuntut pengunduran Israel dalam tempoh tidak lebih 12 bulan dari tarikh resolusi diterima pakai.

Resolusi berkenaan juga menuntut pengunduran tentera Israel dari wilayah Palestin; pembinaan penempatan baharu dihentikan; pemulangan semula tanah dan harta benda yang telah dirampas; serta kemungkinan kembalinya rakyat Palestin yang telah dipindahkan.

Selain itu, ia menggesa negara-negara untuk mengambil langkah ke arah menghentikan peruntukan senjata kepada Israel di mana terdapat alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa ia berkemungkinan digunakan di wilayah Palestin yang diduduki.

Bagaimanapun, Israel bertegas menolak resolusi berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Oren Marmorstein, melalui X mendakwa keputusan itu sebagai terpisah daripada realiti, menggalakkan keganasan dan menggugat peluang untuk keamanan.

Pada Julai lalu, ICJ memutuskan bahawa pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin tidak sah di sisi undang-undang dan perlu dihentikan segera.

ICJ meneliti pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel secara meluas, termasuk perampasan tanah Palestin secara besar-besaran, eksploitasi sumber asli, pengusiran paksa, pemusnahan rumah, sekatan ke atas kediaman dan pergerakan penduduk Palestin serta keganasan oleh peneroka haram dan tentera bersenjata.

Mahkamah berkata Israel wajib membayar ganti rugi atas kerosakan yang dilakukan kepada semua individu atau entiti yang terbabit di wilayah Palestin yang diduduki.

Ia juga menyatakan semua negara mempunyai kewajipan tidak membantu Israel dalam mengekalkan keadaan yang dicetuskan oleh kehadiran berterusannya di tanah yang diduduki.

Penulis Pengarang Berita Harian Metro

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori