Friday, October 4, 2024

Creating liberating content

WHO Pilih Malaysia Buat...

PUTRAJAYA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memilih Malaysia bagi menjalankan kajian menguji keberkesanan...

Bangga Berkongsi Hari Jadi...

ALOR SETAR - Bangga! Itulah perasaan yang dapat digambarkan oleh Wira Ady Ikhlas...

Gambar Entiti Pelik Ketika...

SEBUAH gambar entiti pelik dan aneh yang berjaya dirakamkan ketika sidang media khas...

Jurulatih Harimau Malaya Berkelas...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melahirkan rasa kesal...

PRK DUN Mahkota: Pertembungan BN, PN

KLUANG – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini, menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Azurawati Wahid di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini, pada jam 10.15 pagi selepas semakan borang pencalonan kedua-dua individu diterima.

Azurawati ketika membuat pengumuman tersebut berkata, hanya calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, akan menentang calon PN, Mohamad Haizan Jaafar, 61, yang menyerahkan borang pencalonan.

“Syed Hussien Syed Abdullah menyerahkan borang pencalonan pada jam 9 pagi.

“Manakala Mohamad Haizan Jaafar pula pada jam 9.05 pagi,” katanya ketika membuat pengumuman itu di pekarangan Pusat Penamaan Calon PRK DUN Mahkota di dewan berkenaan.

Penyerahan borang pencalonan PRK DUN Mahkota ditutup jam 10 pagi selepas dibuka bermula jam 9 pagi.

Sebelum, penyokong calon yang bertanding hadir ke pusat penamaan calon seawal jam 7 pagi dan cuaca baik ketika proses penamaan berlangsung.


Calon yang terlibat mempunyai tempoh 14 hari untuk berkempen bagi meraih sokongan, iaitu sehingga 11.59 malam 27 September ini, diikuti hari pengundian pada 28 September manakala undi awal ditetapkan pada 24 September.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 66,318 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab pada PRK itu, terdiri daripada 61,397 pengundi biasa, 4,510 tentera serta pasangan, 401 polis dan 10 orang (pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Sehubungan itu, SPR membuka tiga pusat mengundi dengan 11 saluran bagi pengundian awal manakala 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan dibuka pada hari pengundian, dengan jumlah petugas terlibat pada PRK itu seramai 1,126 orang.

Pada pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori