• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didakwa Cedera Isteri Guna Seterika

oleh Mohd Arshad
26/09/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Didakwa Cedera Isteri Guna Seterika
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Buruh didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan isteri dengan menggunakan seterika, awal minggu ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Mohd Nurhakiman Mohd Nasir, 35, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan isteri menggunakan seterika di sebuah rumah di Kampung Rambutan Rendang, di sini, pada 7.30 pagi 23 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama.

Kesalahan mengikut Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh dan isterinya masih tinggal bersama dalam satu rumah.

Mahkamah menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi latikan peguam dan serahan dokumen.

-Harian Metro

Tags: dakwaseterika
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

90 Peratus Ahli KWSP Bawah 30 Tahun Dijangka Tak Cukup Wang Bersara

Next Post

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

Related Posts

Empat Individu Didakwa Edar Dan Miliki Dadah Hampir 100 Kg

Empat Individu Didakwa Edar Dan Miliki Dadah Hampir 100 Kg

16/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini atas tuduhan mengedar...

Kes Masak Mi Segera: Empat Didakwa Esok

Kes Masak Mi Segera: Empat Didakwa Esok

20/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Empat daripada 15 orang yang ditahan untuk siasatan berkait kegiatan memasak mi segera di sebuah stesen minyak...

Next Post
Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH - Armizan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd