• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pemandu Grab Dipukul: Anwar Nafi Siasatan Ditutup

oleh Mohd Arshad
20/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Pemandu Grab Dipukul: Anwar Nafi Siasatan Ditutup
Share on FacebookShare on Twitter

PUCHONG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pihak polis menutup siasatan mengenai kes seorang pemandu e-hailing Orang Kurang Upaya (OKU) yang didakwa dipukul pengiring kenamaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, orang ramai perlu memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan yang mungkin akan mengambil sedikit masa.

“Siapa kata kes tutup? Kes ini memang jadi perhatian, saya juga secara peribadi ambil berat mengenainya, termasuk hal-hal lain yang melibatkan orang biasa. Biarkan polis siasat, berpuas hati dengan siasatan, baru kita ambil tindakan, jangan kita hukum berdasarkan persepsi dan khabar angin.

“Kita sebuah negara yang mengamalkan hukum, segala tindakan mesti berlandaskan fakta, bukti yang jelas. Setelah selesai polis siasat, kes akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk putuskan mana-mana pihak didakwa atau tidak, dan ini semuanya mesti berdasarkan fakta,” katanya ketika ditemui pemberita usai menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam di sini hari ini.

Awal bulan ini, media melaporkan hampir 200 individu mewakili kumpulan OKU, aktivis dan badan bukan kerajaan, serta pekerja e-hailing menggesa campur tangan Perdana Menteri selepas mendakwa tiada tindakan terhadap pihak yang mengarahkan pemandu tersebut, Ong Ing Keong menarik balik laporannya.

Wakil kumpulan itu turut memaklumkan bahawa mereka telah menyerahkan memorandum kepada seorang pegawai kanan dari Pejabat Perdana Menteri, yang memberi jaminan isu ini mendapat perhatian Anwar.

Ong, 48 tahun, mendakwa dirinya dipukul seorang pegawai juruiring rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel di ibu negara pada Mei lepas, atas alasan menghalang laluan rombongan berkenaan. 

-Bernama

Tags: Anwar IbrahimIsu Pemandu Grab Dipukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sakit Belakang – Anwar Batal Lawatan Ke Pahang

Sakit Belakang – Anwar Batal Lawatan Ke Pahang

03/11/2025
0

PMX BATAL LAWATAN KERJA KE PAHANG AKIBAT SAKIT BELAKANG Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 3 November – Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Ingatkan Sekolah Antarabangsa Perlu Utamakan Bahasa Melayu

PM Ingatkan Sekolah Antarabangsa Perlu Utamakan Bahasa Melayu

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengesan kecuaian dalam kalangan 249 sekolah antarabangsa yang tidak memberi keutamaan kepada bahasa Melayu dalam sistem pembelajarannya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd