• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Hidap Dementia Tak Sedar Suami Rentung Di Halaman Rumah

oleh Mohd Arshad
09/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isteri Hidap Dementia Tak Sedar Suami Rentung Di Halaman Rumah
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Mayat lelaki rentung dipercayai disambar api dari mesin rumput yang terbakar di Jejawi di sini, pada Ahad, dikenal pasti sebagai seorang pesara Telekom Malaysia (TM).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mayat mangsa, Tunku Mahadzir Tunku Ahmad, 75, ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di halaman sebuah rumah bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Kangar.

Balu mangsa, Sharifah Puziah Syed Ali, 77, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan polis suaminya sudah meninggal dunia dalam kejadian itu.

Menurutnya, arwah suaminya rajin membersihkan laman rumah dan dipercayai pada hari kejadian mangsa sedang membersihkan semak samun.

“Semasa kejadian saya sedang berehat di dalam rumah namun tidak mendengar suara suami meminta pertolongan,” ujarnya.

Disebabkan itu, menurutnya, dia tidak mengesyaki ketiadaan suaminya kerana menyangka arwah sebelum itu berada di dalam rumah.

“Walaupun sedih, namun saya reda dengan pemergiannya,” katanya sayu.

Adik ipar Sharifah Puziah, Rosida Aziz, 60, pula berkata, kakak iparnya mempunyai ingatan yang agak terhad kerana mengalami dementia.

Menurutnya, kakak ipar memaklumkan ada membuka pintu dan menyedari kepulan asap di luar rumahnya.

“Bagaimanapun, kak Sharifah sangka kepulan asap itu adalah dari sisa rumput yang dikumpulkan dan dibakar oleh suaminya.

“Kami juga tidak mengetahui tentang kejadian hinggalah salah seorang ahli keluarga memaklumkan melalui perkongsian hantaran diperolehi dalam Facebook,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki yang identitinya sedang dikenal pasti itu daripada orang awam melalui panggilan telefon pada jam 6.33 petang.

SinarHarian-

Tags: rentungSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Next Post

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Muhyiddin Semak Keputusan

Related Posts

Polis Kelantan Tahan Suami Isteri Bersama 90kg Ganja

Polis Kelantan Tahan Suami Isteri Bersama 90kg Ganja

13/07/2025
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan pasangan suami isteri dan merampas 90 kilogram (kg) dadah jenis ganja mampat dan bunga ganja...

Lelaki Ditemukan Rentung Dalam Bilik Air

Lelaki Ditemukan Rentung Dalam Bilik Air

25/03/2025
1

KAJANG - Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Baru Sungai Chua di sini pada Selasa....

Next Post
Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Muhyiddin Semak Keputusan

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Muhyiddin Semak Keputusan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd