MELAKA: Kerajaan negeri dalam proses mewartakan lima lagi ajaran serta kegiatan baharu yang dikesan sesat dan menyeleweng di negeri ini.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Perkembangan itu menjadikan keseluruhan ajaran dan kegiatan yang difatwakan sebagai menyeleweng atau ‘songsang’ daripada ajaran Islam sebenar di Melaka kepada 36 kumpulan.
Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil, berkata lima kumpulan dan kegiatan berkenaan adalah Ajaran dan Fahaman Irwan Bin Alias, Ajaran Suhaini Bin Mohammad atau Ajaran Si Hulk, Amalan Dan Kaedah Perubatan Encik Adam Bin Isa (Tabib Adam), penyelewengan Ajaran Risalah Bab Kesucian yang dibawa oleh Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah) serta kumpulan yang mengamalkan ajaran Kewajipan Berpegang Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Semua lima ajaran dan kegiatan berkenaan sudah dikemukakan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan akan diwarta dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Dalam pada itu beliau tidak menolak kemungkinan ada dalam kalangan masyarakat di Melaka mengamalkan dan menjadi pengikut kumpulan ajaran sesat secara rahsia, meskipun ajaran mereka sudah difatwakan haram.
Justeru, beliau menasihatkan umat Islam untuk segera melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) jika terdapat sebarang perkara mencurigakan supaya tindakan dapat diambil.
Berikut senarai wartwa fatwa kerajaan negeri melaka berkaitan isu akidah (1986-2023)
- Pengharaman Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya (14 Ogos 1986)
- Pengharaman Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam dan buku Aurad Muhammadiah (11 Ogos 1994
- Pengharaman Kumpulan Anti Hadith dan buku mengenainya (29 Februari 1996)
- Kewajipan berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak (ke arah membendung pengaruh Syi’ah (24 Julai 1997)
- Pengharaman Ajaran Qadiani (Qadianiah / Ahmadiah) (12 Julai 2001)
- Pengharaman Ajaran Ilmu Tajalli (Hakikat Insan) Ahmad Laksamana bin Omar (12 Julai 2001)
- Pengharaman Ajaran Syed Mohamad Al-Masyhor (Al-Mas) (12 Julai 2001)
- Pengharaman Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau (Hasan bin Yaakob) Dan Ayah Pin (Ariffin bin Muhd) (12 Julai 2001)
- Pengharaman Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit (16 Januari 2003)
- Pengharaman Ajaran Zamre Bin Ab Wahab (29 Mei 2003)
- Pengharaman Ajaran Azhar bin Wahab (Pengasas Al-Mansur Holdings Sdn Bhd) (3 Jun 2004)
- Pengharaman Kumpulan Black Metal (2 November 2006)
- Pengharaman ajaran dan amalan kebatinan Budi Suci (2 Ogos 2007)
- Larangan menghidupkan semula Al-Arqam melalui Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (SRC) & Rangkaian Syarikat Gabungan (2 Ogos 2007)
- Larangan senaman yoga terhadap umat Islam (19 November 2009)
- Larangan mengaitkan angka 786 atau sebarang angka dengan Basmalah atau mana-mana ayat al-Quran serta meyakini angka-angka tertentu membawa tuah (27 Mei 2010)
- Larangan melukis, melakar, mengkuri, mengilustrasi atau menvisualisasi gambar malaikat, para Nabi, Rasulluullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda atau melakonkan watak mereka (6 Januari 2011)
- Pengharaman ajaran agama Asalama (29 September 2011)
- Pengharaman Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah SSyeikh Nazim Al-Haqqani (29 September 2011)
- Larangan mempercayai dan mengamalkan perkara-perkara khurafat serta penggunaan tangkal, azimat dan jampi yang bertentangan dengan syarak (19 Januari 2012)
- Pengharaman Ajaran PanjiLangit (26 September 2013)
- Larangan kafir mengkafir sesama umat Islam (26 September 2013)
- Larangan amalan dan kepercayaan khurafat di Pulau Besar, Melaka (24 September 2015)
- Pengharaman fahaman dan ajaran Syiah (24 September 2015)
- Pengharaman Ajaran Millah Abraham@Ibrahim (17 Ogos 2017)
- Penyelewengan ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas dan lain-lain yang berkaitan kedua-duanya oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin
(PERAHMAT) (6 Januari 2021)
- Penyelewengan upacara dan amalan perbomohan Ibrahim bin Mat Zin (06 Januari 2021)
- Penyelewengan Gerakan Al-Dawla Al-Islamiya Fi Iraq Wa Shams (DAESH); Atau Islamic State In Iraq And Shams (ISIS); Atau Islamic State And The Levant (ISIL); Atau Islamic State (IS) (1 Februari 2023)
- Penyelewengan Ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/ Diri) Oleh Mohd Yusof cik Wook Yang Disebarkan Oleh Haji Shaari bin Mohd Yusof (1 Februari 2023)
- Pengharaman doktrin Dibawa Kumpulan Hizbu Tahrir Malaysia (1 Februari 2023)
31 Pengharaman Ajaran Asmaul Husna dibawa Dr Wan Maseri binti Wan Mohd (1 Februari 2023)
BHonline-