• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

oleh Mohd Arshad
25/09/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seramai 86 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini mengalami muntah dan cirit-birit termasuk seorang dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat keracunan makanan dalam kejadian pada Selasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, berdasarkan laporan diterima daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara, kejadian difahamkan berlaku bermula jam 10.50 pagi melibatkan pelajar sesi pagi dan petang.

Menurutnya, sebahagian murid yang mengalami simptom berkenaan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan klinik swasta manakala seorang murid pendidikan khas terpaksa ditahan di HRPB untuk pemantauan.

“Berdasarkan laporan yang diterima, ada beberapa makanan yang dikhuatiri tercemar iaitu Milo ais, mi kari dan kari ayam. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan membuat pemeriksaan dan sebagainya cuma laporan awalnya memang ada kes keracunan makanan dan pihak PPD Kinta Utara telahpun mengarahkan pengurusan sekolah untuk membuat laporan.

“Makanan itu diperoleh dari kantin sekolah. Cuma ada murid selepas jam 4 petang baru ada simptom apabila ibu bapa masukkan dalam grup sekolah dan pihak sekolah ambil maklum untuk keluarkan surat terima rawatan ke klinik,” katanya kepada pemberita.”

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penutup Hari Terbuka Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Festival Makanan 2024 di Dewan Jubli Perak, PUO di sini pada Rabu.

Khairudin berkata, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kinta sudah pun datang ke sekolah berkenaan bagi membuat pemeriksaan dan mengambil sampel berkaitan kejadian tersebut jam 11 pagi Rabu.

Menurutnya, sebarang keputusan lanjut bergantung kepada siasatan daripada pejabat kesihatan berkenaan.

Sementara itu pihak sekolah pula perlu mengemukakan laporan mengikut prosedur ditetapkan iaitu pada hari pertama, ketiga dan ketujuh.

Jelasnya, laporan itu perlu dihantar secara berkala oleh pihak pentadbiran sekolah kepada PPD Kinta Utara.

SinarHarian-

Tags: Keracunan MakananmuridSK Chepor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK Mahkota: PN Nafi Pas Tak Bantu Kempen

Next Post

Suspek Kes Bunuh, Bakar Pernah Kayuh Basikal Sambil Berbogel

Related Posts

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

‘Saya Kesal, Video Tular Beri Impak Besar’ – Fadhlina

‘Saya Kesal, Video Tular Beri Impak Besar’ – Fadhlina

26/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi peringatan kepada guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah...

Next Post
Suspek Kes Bunuh, Bakar Pernah Kayuh Basikal Sambil Berbogel

Suspek Kes Bunuh, Bakar Pernah Kayuh Basikal Sambil Berbogel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd