Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

SPRM Tahan 2 Lelaki...

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki yang cuba...

Pemimpin Pembangkang Tahu Agenda...

KUALA LUMPUR - Pembentukan sebuah gabungan parti pembangkang seperti yang disarankan oleh mantan...

Stacy Dan Akim Teruja...

PELANTUN lagu Romeo, Stacy berkongsi pengalaman berharganya belajar puasa tahun lalu, akui dia...

Dipenjara 14 Hari Kerana...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di tempat awam, seorang...

Tuduhan Rakyat Sedang Kebuluran, Melampau Dan Kurang Cerdik – Rafizi

SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin wanita Pas yang menyebarkan dakwaan rakyat sedang mati kelaparan kerana tiada bekalan beras adalah melampau dan kurang cerdik.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, individu terbabit perlu menyerahkan senarai nama rakyat yang ‘kebuluran’ agar beliau dapat menelitinya untuk tindakan segera.

“Kalau ada senarai nama rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan segera agar tidak mati akibat kelaparan, boleh hantar kepada saya. Emel saya di laman sesawang Kementerian Ekonomi.

“Mesej aktivis Pas ini ialah rakyat sedang mati kelaparan sebab tiada beras. Sementara usaha menoktahkan miskin tegar terus berjalan dan lebih baik dari yang diusahakan Perikatan Nasional (PN).


“Membuat tuduhan rakyat sedang mati kelaparan sebab tiada beras ini sama ada (1) melampau atau (2) kurang cerdik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, pemimpin wanita parti politik itu dilaporkan memuat naik hantaran menerusi aplikasi X yang menyentuh situasi semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, ketika itu beras tempatan boleh diperolehi dan tiada sesiapa mati akibat kelaparan berbeza dengan era Madani (kini) beras tempatan ghaib serta orang ramai mati akibat kelaparan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori