• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Sewa Homestay Secara Bulanan Untuk Proses, Bungkus Dadah

oleh AK-47
19/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Sindiket Sewa Homestay Secara Bulanan Untuk Proses, Bungkus Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Menyewa kediaman ‘homestay’ atau inap desa secara bulanan sebelum dijadikan tempat memproses dan membungkus dadah menjadi taktik satu sindiket pengedaran yang ditumpaskan polis pada minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata sindiket yang aktif di daerah ini ditumpaskan dalam tiga serbuan berasingan di antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang, 12 Ogos lalu di sekitar bandar raya ini dan Seri Alam.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, lima lelaki tempatan dan dua wanita warga asing yang merupakan ahli sindiket dan semuanya berusia antara 22 hingga 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Dalam serbuan pertama, kita menyerbu sebuah unit di pangsapuri yang disewa sindiket sejak bulan Jun, secara bulanan dengan bayaran RM220 sehari.

“Kita menahan empat lelaki di pangsapuri ini dengan merampas pelbagai jenis dadah melebihi 60 kilogram (kg).

“Dalam serbuan kedua pula, kita menahan sepasang suami isteri di sebuah rumah teres dua tingkat yang disewa, juga merampas sejumlah dadah, manakala serbuan ketiga, seorang wanita warga asing ditahan di sebuah lagi unit ‘homestay’ di pangsapuri berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Kumar berkata, modus operandi digunakan sindiket itu adalah dengan menjadikan kediaman kawasan berpagar dan mempunyai pengawal untuk menjalankan aktiviti memproses dan membungkus dadah sebelum diedarkan ke pasaran negeri ini.

“Seperti sindiket-sindiket sebelum ini, mereka akan membungkus semula dadah ke dalam pek kecil minuman berjenama bagi mengaburi pihak berkuasa yang mana sumber dadah diperoleh dari dalam negara ini untuk diedarkan ke pusat-pusat hiburan,” katanya.

Kumar berkata, dalam semua serbuan, pihaknya merampas 59.62 kg disyaki serbuk ekstasi, 93.40 gram (g) disyaki ketamin, 79g disyaki pil ekstasi, 103.1g disyaki pil erimin 5 dan 41g disyaki ganja.

Semua dadah itu, katanya, bernilai lebih RM10 juta yang mana ia boleh digunakan oleh seramai 199,644 orang penagih dadah jika terlepas ke pasaran.

Selain itu, beliau berkata, polis turut merampas 500 mililiter (ml) cecair vape, 10 rokok elektronik dan pelbagai alatan memproses dan membungkus dadah serta menyita empat kereta, sebuah motosikal, pelbagai barang kemas dan wang tunai pelbagai mata wang asing.

“Keseluruhan jumlah rampasan dan sitaan mencecah lebih RM10.23 juta dan ini adalah antara rampasan yang besar dilakukan sepanjang tahun ini,” jelasnya.

Menurut Kumar, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati enam daripada suspek positif methamphetamine, ketamin dan benzodiazepines.

Manakala, katanya, semakan rekod jenayah lampau mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah.

“Semua suspek kini dalam tahanan reman sehingga Khamis ini bagi siastaan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Pada masa sama, Kumar berkata, dalang sindiket itu masih bebas, namun sudah dikenal pasti sebagai Lo Show Shang, berusia 36 tahun dan kini sedang diburu pihaknya.

-Berita Harian

Tags: dadahsindiket
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd