• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Sertai 2,000 Jemaah Solat Jenazah Ghaib Untuk Ismail Haniyeh

oleh Mohd Arshad
02/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Sertai 2,000 Jemaah Solat Jenazah Ghaib Untuk Ismail Haniyeh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama lebih 2,000 jemaah, hari ini menunaikan solat jenazah ghaib untuk Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara oleh rejim Israel di Tehran, Iran, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Solat jenazah ghaib itu dilakukan selepas solat Jumaat di Masjid Negara di sini, yang diimamkan Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Solat turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Perdana Menteri dan jemaah yang hadir turut mendengar khutbah khas sempena Hari Pahlawan bertajuk “Perjuangan Demi Nusa Tercinta”.

Sebelum menunaikan solat Jumaat, Perdana Menteri turut meluangkan masa makan tengah hari di Pusat Penjaja Lucky Garden, Bangsar dan beramah mesra dengan penjaja serta pengunjung.

Kelmarin, media melaporkan kematian Ismail di Tehran, yang mana Hamas mendakwa ia dilakukan Israel.

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail yang juga bekas Perdana Menteri Palestin itu serta seorang pengawal peribadinya.

-Berita Harian

Tags: pmsolat jenazah ghaib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd