• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

oleh AK-47
08/08/2024
dalam Politik, Terkini
0
Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes seorang perunding bebas yang juga anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri yang berdepan pertuduhan menerima rasuah bernilai RM100,000, akan didengar di hadapan hakim baharu Mahkamah Sesyen di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Rozina Ayob yang sebelum ini mendengar kes itu berkata beliau akan berpindah pada 15 Ogos ini, dan hakim baharu yang menggantikannya akan mendengar kes dihadapi Muhammad Faisal Hamzah.

“Sehubungan itu mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 29 Ogos ini,” katanya pada sebutan kes pada Khamis.

Terdahulu peguam Chetan Jethwani yang mewakili Muhammad Faisal berkata sebutan kes hari ini adalah untuk pihak pembelaan melengkapkan senarai peguam yang dilantik mewakili tertuduh.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selvam T Armugom memaklumkan beliau akan mengendalikan kes tersebut bersama seorang lagi pegawai pendakwa Ikhwan Zaudi Nordin.

Muhammad Faisal, 40, anak kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa menerima wang berkenaan daripada Izmir Abd Hamid sebagai upah bagi Heitech Padu Berhad melantik Syarikat Rimba Merpati dan Syarikat Per My Solutions sebagai konsultan pemasaran disebabkan pengaruh yang dimiliki tertuduh.

Syarikat berkenaan dibayar komisen berjumlah RM700,000 selepas Heitech Padu dianugerahkan Tender Supply, Rental, Implementation, Training, Support and Maintenance of Security Infrastructure bernilai RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pejabat di pusat beli-belah, Jalan Dutamas 1 di sini pada Mac 2018, dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

-Bernama

Tags: Anak Hamzah ZainudinKes Rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd