• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

oleh Mohd Arshad
25/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Selepas pengasas Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis, usahawan Amerika Syarikat (AS), Elon Musk dengan nada sinis meramalkan bahawa menjelang 2030, Eropah mungkin akan mula melaksanakan hukuman berat terhadap individu yang menyukai imej humor (meme) di Internet.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“POV: Tahun 2030 di Eropah dan anda dihukum berat kerana menyukai meme,” kata Musk di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, ketika mengulas mengenai laporan penahanan Durov, lapor Agensi Berita Rusia (Sputnik).

Dalam satu hantaran berasingan, Musk secara ironis berkata, penahanan Durov adalah satu “tindakan yang meyakinkan” untuk Pindaan Pertama Perlembagaan AS, yang menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh mencabuli kebebasan bersuara.

Sebelum ini, media Perancis melaporkan bahawa Durov ditahan di lapangan terbang Le Bourget, yang terletak di pinggir Paris.

Durov, yang mempunyai kewarganegaraan Perancis disenaraikan sebagai individu yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Perancis.

Pada 19 Ogos, Sputnik melaporkan bahawa pihak berkuasa perbandaran Amsterdam, Belanda melarang kakitangan kerajaan daripada menggunakan aplikasi Telegram kerana kebimbangan mengenai risiko pengintipan, menurut laporan radio BNR pada Isnin.

Alexander Scholtes, seorang ahli majlis bandar yang bertanggungjawab terhadap dasar IT mengesahkan kepada radio BNR bahawa larangan itu dikuatkuasakan pada penghujung April dengan alasan “aktiviti jenayah dalam aplikasi terbabit dan risiko pengintipan” sebagai faktor utama keputusan itu dibuat.

Walaupun Telegram dicipta di Rusia, ibu pejabatnya kini terletak di Dubai, dengan syarikat itu didaftarkan secara rasmi di Kepulauan Virgin.

Setakat ini, perbandaran lain di Belanda belum mengenakan larangan serupa terhadap Telegram.

Bernama-

Tags: Elon MuskTelegram
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pahang Ke Arah Negeri Maju, Berpendapatan Tinggi

Next Post

Pesara Kerajaan Didakwa Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta

Related Posts

Trump Namakan Elon Musk, Vivek Ramaswamy Teraju Jabatan Kecekapan Kerajaan AS

Trump Namakan Elon Musk, Vivek Ramaswamy Teraju Jabatan Kecekapan Kerajaan AS

13/11/2024
0

WASHINGTON: Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump, menamakan Elon Musk dan bekas calon presiden Parti Republikan, Vivek Ramaswamy, untuk mengetuai...

Selepas Lawat Israel, Netanyahu Bawa Musk Saksi Kemusnahan Di Gaza

Selepas Lawat Israel, Netanyahu Bawa Musk Saksi Kemusnahan Di Gaza

29/11/2023
0

GAZA : Seorang pegawai kanan Hamas, menjemput bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk untuk melawat Semenanjung Gaza di Palestin bagi...

Next Post
Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

Pesara Kerajaan Didakwa Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd