• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Berhubung Rapat Negara ASEAN Pantau Kes Cacar Monyet

oleh AK-47
20/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Berhubung Rapat Negara ASEAN Pantau Kes Cacar Monyet
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan sedang berhubung rapat dengan semua negara ASEAN bagi memantau kes cacar monyet (mpox) di negara-negara berkenaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kerajaan juga bekerjasama dengan beberapa agensi lain untuk membuat ujian saringan di pintu masuk sempadan seperti di lapangan terbang dan laluan masuk negara lain.

“Setakat ini, proses yang dilakukan adalah sama seperti dilaksanakan ketika pandemik dahulu iaitu ujian saringan.

“Langkah berjaga-jaga diambil oleh semua agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terutama di pintu masuk dan sempadan negara.

“Jika terkesan sesuatu terutama di pintu masuk sempadan, KKM telah mempunyai garis panduan mengenainya,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian The 34th Malaysia-Thailand Border Health Scientific Conference 2024 di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kerajaan juga memantau rapi situasi jangkitan di Eropah dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dan KKM akan memantau keadaan dari masa ke semasa.

“Kita akan keluarkan kenyataan bagi mengelakkan situasi panik dalam kalangan orang ramai.

“Bagaimanapun, langkah berhati-hati perlu diambil oleh rakyat Malaysia berhubung jangkitan mpox,” katanya.

Jelasnya, sehingga kini, tiada jangkitan baharu mpox direkodkan oleh KKM.

“Buat waktu ini juga tiada halangan untuk sebarang aktiviti keluar masuk ke negara ini,” katanya.

Mengulas mengenai keperluan vaksin mpox, Lukanisman berkata, KKM akan mengkaji sepenuhnya berhubung perkara tersebut.

“Jangkitan mpox ini boleh dielak sekiranya orang ramai mengambil langkah berhati-hati selain menjaga kebersihan kendiri.

“Simptom jangkitan mpox ini juga, jika kita lihat, ia senang dikenal pasti daripada sudut fizikal terutama sekali tompok di badan selain pesakit sendiri boleh rasakan kesan mpox tersebut,” katanya.

Sebelum ini, KKM sentiasa bersiap sedia melalui pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan mpox termasuk meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa.

Ini susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (Kecemasan Kesihatan Awam dengan Kebimbangan Antarabangsa-PHEIC) untuk kali kedua pada 14 Ogos lepas.

-Sinar Harian

Tags: ASEANcacar monyetMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd