• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kematian Nidza Afham: Polis Siasat Aspek Jenayah, Isu Peribadi Dan Mental – Ketua Polis Selangor

oleh Mohd Arshad
16/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Kematian Nidza Afham: Polis Siasat Aspek Jenayah, Isu Peribadi Dan Mental – Ketua Polis Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Polis Selangor meneruskan siasatan kes kematian abang kepada penyanyi Aufahanie, Muhammad Nidza Afham merangkumi pelbagai sudut termasuk jenayah, peribadi serta masalah mental.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan lanjut polis bagi mengetahui punca yang menjurus ke arah kematian itu.

“Siasatan merangkumi beberapa sudut termasuk sebarang unsur jenayah, masalah peribadi dan masalah mental,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Pada masa sama, beliau mengesahkan tiada kehilangan barang peribadi Nidza Afham sebagaimana tular di media sosial.

“Pihak keluarga juga tidak membuat laporan polis berkaitan kehilangan barang-barang terbabit.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak betul yang mana tidak pasti kesahihannya.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang mengeluarkan spekulasi atau komen secara melampau,” katanya.

Terdahulu ada laporan media mengaitkan kehilangan penyanyi Nidza Afham, 23, dengan kes samun.

Adiknya, Afrina Hanie Mokhtar dilaporkan berkata, polis mempercayai kehilangan Nidza Afham berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai.

Semalam, polis mengklasifikasikan kematian penyanyi itu sebagai mati mengejut (SDR) selepas proses bedah siasat pada 11 pagi sehingga 3 petang.

Jelasnya, punca kematian masih menunggu laporan siasatan makmal dan tiada kecederaan fizikal ditemui.

Media sebelum ini melaporkan, Nidza Afham keluar dari rumah menggunakan perkhidmatan pengangkutan (indrive) ke Stadium Sultan Suleiman, Klang untuk berjoging, kira-kira jam 7.45 malam, Selasa lalu.

Pada jam 9.04 malam hari sama, Nidza Afham gagal dihubungi dan lokasi terakhir keberadaannya melalui aplikasi ‘Find My iPhone’ adalah di Jambatan Kota berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Mayat Nidza Afham ditemui berhampiran Jalan Tepi Sungai, Taman Telok Pulai Indah oleh seorang pemancing, dua kilometer dari Jambatan Kota, jam 7 malam keesokannya.

-Berita Harian

Tags: Aspek JenayahIsu MentalIsu PeribadiKes Kematian Nidza Afhampolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

Next Post

41 Rakyat Palestin Cedera Selamat Tiba Di Malaysia

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post
41 Rakyat Palestin Cedera Selamat Tiba Di Malaysia

41 Rakyat Palestin Cedera Selamat Tiba Di Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd