• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Suspek Bekas Kekasih Di Universiti – Polis

oleh AK-47
12/08/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Suspek Bekas Kekasih Di Universiti – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Polis mengesahkan suspek yang direman berhubung kes pembunuhan Cikgu Istiqomah merupakan bekas seorang guru dan bekas teman lelaki mangsa ketika di universiti.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, dipercayai mangsa yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata itu berhubung dengan suspek berusia 37 tahun itu atas dasar urusan berkaitan pelaburan Forex.

Menurutnya, mangsa yang bertugas di Sekolah Kota Masai 3, Pasir Gudang, Johor, dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 26 Disember lalu sebelum menemukan mayat tidak lengkap anggota badan termasuk kedua-dua tangan dan kaki pada 31 Disember 2023 di Tanjung Rimau, Pulai Sebang.

“Hasil siasatan yang dilakukan telah membawa kepada penahanan sepasang suami isteri di Chemor, Perak sebelum ditahan reman pada 6 Ogos lalu.

“Selain itu turut ditemui tulang jari dan bahagian kepala tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badan dalam jarak kira-kira 5 hingga 6 kilometer (km) dari tempat pertama mayat mangsa ditemukan,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut beliau berkata, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Sinar Harian pada 6 Januari lalu melaporkan mayat tanpa identiti ditemui dalam keadaan tidak berpakaian, hanya beralaskan kain di bawahnya disyaki seorang perempuan berusia antara 20 hingga 30-an.

Selain itu anggota badannya tidak cukup iaitu kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipercayai telah dipotong.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember lalu adalah, Istiqomah Ahmad Rozi,33.

Ujar Ashari, berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan terdapat mayat tanpa identiti itu mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Suspek disambung reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan.

-Sinar Harian

Tags: bekas kekasihKes Bunuh Cikgu Istiqomahpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembahagian Tanah Peneroka, Peserta Lembaga Kemajuan Wilayah Diagihkan Secara Faraid

Next Post

Tujuh Kes Cubaan Seludup Dadah Ke Penjara Guna Dron

Related Posts

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

Next Post
Tujuh Kes Cubaan Seludup Dadah Ke Penjara Guna Dron

Tujuh Kes Cubaan Seludup Dadah Ke Penjara Guna Dron

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd