• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Tauliah MAIS Sudah Bertemu Ustaz Don

oleh Mohd Arshad
04/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jawatankuasa Tauliah MAIS Sudah Bertemu Ustaz Don
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG : Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sudah mengadakan pertemuan dengan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berhubung kontroversi fakta ceramah agama pendakwah itu baru-baru in.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun berkata, beliau setakat ini belum menerima laporan secara rasmi mengenai hasil pertemuan berkenaan.

“Jawatankuasa Tauliah MAIS sudah mengadakan pertemuan dengan beliau tetapi sehingga setakat ini, saya belum menerima laporan secara rasmi.

“Saya rasa pihak Jawatankuasa Tauliah MAIS sedang meneliti maklumat-maklumat yang sudah diterima dan juga pandangan ahli Jawatankuasa berkenaan.

“Laporan hasil pertemuan dan maklumat lain dikumpulkan supaya keputusan yang dibuat nanti adil dan saksama.

“(Kita) ..sedang menunggu keputusan keputusan dari Jawatankuasa Tauliah MAIS. Satu pengumuman rasmi akan dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau MAIS (tidak lama lagi),” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Kempen Bulan Pembebasan Riqab 2024 di Hotel KSL Esplanade di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Ustaz Don, diberi tempoh selama 14 hari bagi memberi ­kenyataan bertulis selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Langkah itu dilakukan agar penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap penceramah berkenaan.

Pendakwah selebriti itu disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu berdasarkan beberapa aduan diterima JAIS.

Beliau turut ditamatkan khidmatnya sebagai pengacara program Salam Baitullah di RTM turut memohon maaf berikutan memberi kenyataan mengelirukan mengenai ibadah berpuasa pada hari tasyrik.

Mengulas mengenai program hari ini Abdul Aziz berkata, Peruntukan RM19.4 juta diberikan berdasarkan sumbangan geran pemulihan kepada Rumah Pemulihan Riqab, Program Kursus dan Latihan Asnaf Riqab, Perkhidmatan Guru Pembimbing Riqab dan Sumbangan Kebajikan Asnaf Riqab.

“Ini termasuk program-program pemulihan dan pendidikan yang dilaksanakan oleh tiga Rumah Pemulihan Majlis dan 26 Rumah Pemulihan Riqab di bawah MAIS yang berperanan membantu pemulihan mereka yang mengalami masalah sosial dari pelbagai kategori.

“Sehingga Jun 2024, MAIS menyantuni 5,943 golongan asnaf riqab di Selangor melalui bimbingan dan bantuan kebajikan bagi golongan terbabit.

” MAIS juga telah melantik seramai 184 orang Guru Pembimbing Al Riqab bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar dan diredhai,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Jawatankuasa Tauliah MAISUstaz Don
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Notis Kekosongan Kerusi DUN Mahkota Telah Dihantar Ke SPR

Next Post

Sanusi Harap Wakil UMNO Boleh Jadi Calon DAP Suatu Masa Nanti

Related Posts

Ustaz Don Sangkal Dakwaan Sudah Berkahwin Dua

03/05/2018
0

PENCERAMAH terkenal, Ustaz Don Daniyal mengakui terkejut dengan penyebaran berita palsu mengatakan konon dia kini mempunyai dua orang isteri. Menyangkal...

IM Asyraf Dedah Tak Pernah ‘Sebulu’ Dengan Ustaz Don..

14/03/2017
0

SIAPA tak kenal dengan dua figura Islamik ini, kredibiliti Imam Muda (IM) Asyraf dan Ustaz Don Daniyal dalam menyampaikan dakwah...

Next Post
Sanusi Harap Wakil UMNO Boleh Jadi Calon DAP Suatu Masa Nanti

Sanusi Harap Wakil UMNO Boleh Jadi Calon DAP Suatu Masa Nanti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd