• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IM Asyraf Dedah Tak Pernah ‘Sebulu’ Dengan Ustaz Don..

oleh AK-47
14/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA tak kenal dengan dua figura Islamik ini, kredibiliti Imam Muda (IM) Asyraf dan Ustaz Don Daniyal dalam menyampaikan dakwah dan ajaran Islam sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi.

Kedua-duanya yang tebal ilmu asas ajaran Islam semakin popular di kalangan penonton televisyen apabila sering kali ditawarkan muncul dalam program-program keagamaan.

Tapi, tahukah anda kedua-dua mereka ini sebenarnya sudah lama saling kenal-mengenali sejak di bangku sekolah lagi rupanya.

Imam Muda Asyraf dalam satu entri di Facebooknya baru-baru ini menggamit semula kenangannya bersama Ustaz Don suatu masa dahulu.

Menurut Imam Muda Asyraf, beliau tidak pernah ‘sebulu’ atau bersatu hati dengan Ustaz Don sejak dari dulu lagi walaupun mereka pernah duduk serumah malah tidur sebantal ketika melanjutkan pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Pulau Pinang.

Nak tahu perkara apa yang membuatkan mereka tak bersatu hati? Ha, jom baca pendedahan ringkas yang dikongsikan Imam Muda Asyraf ni..

Inilah housemate saya sewaktu di MTQ Penang. Kami pernah tidur sebantal. Tapi jangan risau, tiada apa yang berlaku…

Umur kami sama. Tapi beliau senior satu tahun dari saya. Dulu saya lagi macho dari dia. Sekarang beliau lebih hensem dan tinggi dr sy. Frust. Kecik hati saya bila lihat beliau hari ini lebih kacak dan tampan berbanding dulu.

Byk perbezaan antara kami dulu walau duduk sebilik. Beliau dikenali pelajar yang baik. Saya pulak dikenali sbg pelajar yg nakal. Beliau dikenali hafaz Quran slow, tapi lambat lupa. Saya pulak hafaz Quran cepat, tapi cepat pulak lupa…

Dan yang paling jelas. Beliau minat semua lagu Inggeris. Saya pulak rock kapak. Kami tak pernah bersatu hati dalam bab ni. Saya rasa sampai sekarang kami masih berkhilaf dalam menghukum Qaul Mu’tamad pemilihan genre lagu yang paling rajih untuk didengari.

Kat bilik beliau selalu menyanyi lagu Linkin Park, Limp Bizkit dll. Sy pulak kekal lagu Ekamatra, Lestari, Spring, Slam dan sewaktu dengannya. Salah satu lagu org putih yang beliau ajar saya ialah Kumpulan Greenday. Sy lupa album apa ketika itu. Nimrod rasanya. Tak lupa juga Coldplay yang beliau sanadkan saya. Tq Ustaz Don.

Beliau seorang yang bersungguh bila buat kerja. Berkhidmat utk gurunya. Rajin menelaah. Dan sentiasa bersama geng-geng warak. Saya pulak suka merapu dalam kelas. Menyakat orang sentiasa. Dan sentiasa bersama geng rock dan kaki fly.

Itu cerita lama. Kalau nak tulis tak cukup ruang kenangan bersama. Apapun semua dah besaq. Bertemu juga di bidang yang sama. Harini beliau lebih hebat. Menerajui KUISCELL. Kami geng MTQ Penang berbangga dengan hang Don. Salute!!

Pada mula jumpa 2010 dulu, Dia terkejut macamana sy boleh jadi Imam Muda. Sy pulak terkejut macamana dia boleh jadi Ustaz Don. Maaf ustaz Don. Kalau terbuka Cerita kisah lama kita. Semoga doa kalian di luar sana semua menguatkan kami berdua dalam keberkatan.

Oh, tak bersatu hati dalam taste muzik kegemaran rupanya.  Ingatkan apalah yang buat mereka tak sebulu kan.

Siapa menyangka Ustaz Don rupa-rupanya peminat tegar kumpulan rock Limp Bizkit, Linkin Park, Green Day dan Coldplay rupanya. Cayalah ustaz! – MYNEWSHUB.CC 

Tags: facebookimam muda asyrafUstaz Don
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Facebook Dr Maza Channel yang dikaitkan dengan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd