• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Manipulasi Isu Sumbangan Kepada Sekolah – Fadhlina

oleh AK-47
03/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Henti Manipulasi Isu Sumbangan Kepada Sekolah – Fadhlina
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Kementerian Pendidikan (KPM) mengingatkan semua pihak supaya berhenti daripada terus memanipulasi isu berkaitan penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri berkenaan, Fadhlina Sidek berkata, ini kerana pihaknya beranggapan isu terbabit telah selesai dan KPM menghormati keputusan Jemaah Menteri yang mengekalkan garis panduan sedia ada.

“Saya rasa isu ini telah selesai dan kita kekal bersama dengan keputusan Jemaah Menteri (mengekalkan garis panduan bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah).

“Jadi, saya harap ia tidak berbangkit lagi dan kita tumpukan kepada isu pembangunan pendidikan yang lebih utama ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bola Sepak untuk Sekolah FIFA dan Kempen Bola Sepak Wanita FIFA di Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai di sini pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram.

Kontroversi berkenaan sumbangan kepada sekolah tercetus bulan lepas apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Sabu menyertai acara kutipan dana sebuah sekolah Cina yang menerima sumbangan syarikat minuman keras.

Sehubungan itu, KPM memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk mengekalkan garis panduan sedia ada bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah pada 26 Julai lepas.

Panduan itu antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.

-Bernama

Tags: Fadhlina SidekIsu Sumbangan Kepada Sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek disaran meletak jawatan....

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd