• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana

oleh AK-47
08/08/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik kenaikan gaji kepada kumpulan pelaksana yang dijangka 15 hingga 42.7 peratus dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, memang menjadi harapan Cuepacs untuk gaji kumpulan pelaksana supaya hendaklah tidak kurang daripada RM2,000 sesuai keadaan semasa.

Menurutnya, kenaikan gaji tentunya memberi sedikit kelegaan dan keselesaan kepada mereka dalam kuasa membeli sekali gus faktor kehidupan yang lebih baik untuk sekeluarga.

“Apa pun, integriti, kecekapan, komitmen tinggi dan peningkatan prestasi perlu bergerak selari dengan kenaikan gaji yang bakal diterima penjawat awam.

“Bagi semua penjawat awam, walaupun jangkaan pengumuman pada 16 Ogos ini, dinasihatkan supaya mereka tidak leka dalam menjalankan tugas.

“Hendaklah sentiasa memberi keutamaan kepada tugas kerana rakyat selaku pemegang taruh sentiasa melihat malah menjadi mata dan telinga kerajaan untuk memantau prestasi penjawat awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, apa yang diharap kerajaan selaku majikan kepada penjawat awam adalah produktiviti yang lebih ditingkatkan dan pada sama terus kekal menjaga integriti supaya setiap gerak laku dan tingkah laku tidak dipersoalkan oleh rakyat.

Adnan berkata, Cuepacs memberi jaminan penjawat awam akan terus kekal memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan negara dengan terbaik.

Semalam, Jurucakap Kerajaan Madani merangkap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji melalui SSPA antara 15 hingga 42.7 peratus.

Fahmi dipetik berkata, kenaikan gaji yang membabitkan 692,828 kakitangan awam itu boleh diketahui bermula minggu depan.

Menurutnya, kenaikan itu adalah yang tertinggi kepada kumpulan pelaksana setakat ini.

Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan skim gaji penjawat awam akan naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini.

Selasa lalu, Anwar menyatakan kenaikan gaji melalui SSPA yang dijanjikan tertinggi dalam sejarah negara sejak merdeka akan diumumkan secara kaedah ‘kasar’ terlebih dahulu bulan ini.

Menurutnya, perincian selengkapnya seperti mana yang dijanjikan kerajaan akan diumumkan melalui Belanjawan 2025, Oktober ini sebelum ia dilaksanakan 1 Disember kelak.

-Harian Metro

Tags: Cuepacskenaikan gajiKumpulan Pelaksana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd