Friday, October 4, 2024

Creating liberating content

Ringgit Tak Berubah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit mengekalkan kedudukan yang sama seperti semalam, berbanding dolar US...

Tahniah! Ana Raffali Selamat...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat penyanyi Ana Raffali selamat melahirkan bayi lelaki, Khamis lalu.Berita...

Neelofa, Suami Tak Didakwa...

NILAI - Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap...

2 Beranak Maut Terperangkap...

PRAGUE - Dua wanita maut akibat terperangkap dalam sebuah sauna di utara Republik...

BN Yakin Dapat Rampas Kembali Nenggiri – Zahid Hamidi

GUA MUSANG : Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 17 Ogos ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ini berikutan penyokong UMNO dan BN di bawah kepemimpinan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan terus memberi sokongan kepada calon, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

“Insya-Allah di bawah kepimpinan Ku Li (Tengku Razaleigh), kita yakin penyokong UMNO dan BN akan terus memberi dokongan kepada calon yang dicadangkan oleh kepimpinan bahagian dan kepimpinan BN pusat.

“Pengundi di Nenggiri juga matang dan sudah menghadapi banyak pilihan raya, saya fikir PRK ini tidak akan menjejaskan kerajaan negeri, jadi eloklah Nenggiri ini diberi kepada calon BN menang,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Penamaan Calon PRK DUN Nenggiri di Dewan Perdana Majlis Daerah Gua Musang hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengarah Pilihan Raya BN PRK Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahmad Zahid berkata, jentera parti juga akan diselaraskan oleh Ku Li selaku Pengarah Pilihan Raya dan Pengarah Operasi pula adalah Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.


“Koordinasi sudah dilakukan dan Insya-Allah kita akan sasarkan 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan apa yang menjadi isu utama di Nenggiri ialah isu tempatan dan isu nasional. Jika ada (isu) ia akan diberi penjelasan oleh jentera parti dan setiap peringkat.

“Yang paling penting, PRK sangat sinifikan kepada bukan sahaja penduduk Nenggiri atau Gua Musang, tetapi kepada UMNO dan BN serta rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Tentunya PH akan bantu kita dalam setiap gerak kerja dilakukan dan koordonasi dilakukan sebagaimana pilihanraya tempat lain,” katanya.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, 19 Jun lalu, selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim, digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan penamaan calon bagi pilihan raya itu akan diadakan pada 3 Ogos diikuti pengundian pada 17 Ogos ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori