• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Lapor Polis, Diliwat Kenalan Gimnasium

oleh Mohd Arshad
06/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
45
Warga Asing Lapor Polis, Diliwat Kenalan Gimnasium
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya : Tindakan lelaki warga asing yang menerima pelawaan kenalan baru dikenali di gimnasium untuk berbual di rumah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia diliwat di sebuah kondominium, di sini, Khamis lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, mangsa berusia 25 tahun memaklumkan baru berkenalan dengan suspek warga tempatan di sebuah gimnasium pada Mac lalu.

Katanya, kejadian berlaku apabila suspek mengajak mangsa ke rumahnya untuk berbual sekitar 5 petang.

“Mangsa berjumpa suspek di koridor kondominium sebelum pergi ke rumahnya untuk berbual-bual.

“Sampai saja di rumah, suspek bertindak membuka pakaian mangsa, mula mencabul dan meliwat mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa tidak menjerit kerana tidak mahu jiran sekitar dengar atau nampak kejadian yang boleh memalukan dirinya.

Shahrulnizam berkata, mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada dubur.

“Mangsa dibenarkan pulang selepas rawatan selesai dan sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihati agar lebih berhati-hati dalam pergaulan bagi mengelakkan daripada berlaku perkara seperti ini,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Liwatpoliswarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd