• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntut Kedaulatan Sabah: Malaysia Serah Nota Diplomatik Kepada PBB

oleh Mohd Arshad
05/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tuntut Kedaulatan Sabah: Malaysia Serah Nota Diplomatik Kepada PBB
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Malaysia menyerahkan nota diplomatik kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres bagi menyatakan bantahan sekali gus menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah, lapor South China Morning Post (SCMP).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam nota diplomatik itu, Malaysia berkata kerajaannya ‘secara jelas’ menolak pemfailan itu atas alasan pemanjangan sempadan pelantar benua yang dikemukakan Filipina dilakukan berdasarkan garis dasar Sabah.

Pemfailan (Submission) Filipina kepada PBB itu mengenai tuntutan semula wilayah dasar laut.

Manila mendaftarkan haknya kepada pelantar benua yang diperluaskan di wilayah Palawan Barat di Laut China Selatan dengan mentakrifkan kawasan dasar laut yang mana negara itu mempunyai hak berdaulat dan eksklusif untuk mengeksploitasi sumber asli.

Tuntutan itu membabitkan pertikaian yang kompleks, boleh disemak semula melalui perjanjian era penjajah, mempunyai implikasi politik dan ekonomi ketara bagi kedua-dua negara berikutan sumber minyak dan gas yang banyak di rantau itu.

Memetik nota diplomatik yang dipetik SCMP, Malaysia ‘secara pasti’ menolak pemfailan Filipina.

Malaysia melakukannya atas dasar margin benua yang dilanjutkan dalam penyerahan ‘diunjurkan daripada garis dasar negeri Sabah di negara ini.

“Ini jelas tidak menghiraukan kedaulatan Malaysia yang tidak dapat dipertikaikan ke atas negeri Sabah,”menurut nota diplomatik itu.

Isnin lalu, semasa lawatan rasmi sulungnya ke Filipina, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos di Istana Malacanang dan bertemu rakan sejawatannya dari Filipina, Enrique Manalo.

Untuk rekod, pertikaian membabitkan Sabah berlanjutan beberapa kali sebelum ini, yang menyaksikan bukan hanya membabitkan penyerahan nota diplomatik, tetapi juga tindakan undang-undang dan pencerobohan bersenjata.

Pada 2023, Malaysia berjaya mengetepikan keputusan Mahkamah Timbang Tara Paris berhubung tuntutan waris Sultan Sulu dan berkemungkinan melihat pembatalan arahan bayaran pampasan kira-kira AS$15 bilion (RM70.62 bilion) kepada kumpulan itu.

Mahkamah Rayuan Paris memutuskan Mahkamah Timbang Tara yang mengarahkan Malaysia membuat bayaran kepada kumpulan itu mendakwa waris Sultan Sulu itu tiada bidang kuasa dalam kes berkenaan.

Pertikaian itu berkait dengan tuntutan waris kesultanan Sulu terhadap Sabah.

-Berita Harian

Tags: Nota DiplomatikPBB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd