• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keputusan Representasi Najib Dalam Masa Terdekat, Kata DPP

oleh Mohd Arshad
31/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Keputusan Representasi Najib Dalam Masa Terdekat, Kata DPP
Share on FacebookShare on Twitter

Peguam Negara (AG) dijangka tidak akan memutuskan representasi Najib Razak dalam masa terdekat ini, kata wakilnya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Pendakwa Raya (TPP) Mohd Ashrof Adrin Kamarul memberitahu mahkamah jenayah bahawa AG masih meneliti permohonan bekas perdana menteri untuk menarik balik kes pengubahan wang haram SRC International berjumlah RM27 juta.

Hakim K Muniandy hari ini menyoal pihak pendakwaan berhubung status surat representasi Najib, yang dihantar pada Julai tahun lalu.

Muniandy: Bagaimana dengan surat representasi?

Ashrof: Belum ada keputusan lagi. Saya tidak menjangka sebarang keputusan dalam beberapa bulan akan datang.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menimbulkan soalan itu susulan permohonan peguam Najib untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadualkan pada September bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram terhadapnya.

Peguam bela utamanya, Muhammad Shafee Abdullah memetik dua lagi kes mahkamah yang sedang berjalan yang memakan sebahagian besar masa pasukannya.

Salah satunya ialah perbicaraan 15 Ogos ini mengenai saman sivil SRC terhadap Najib yang dikaitkan dengan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Satu lagi adalah hujahan lisan pada 19 Ogos berhubung kes jenayah terhadap Najib berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram RM2.27 bilion dana 1MDB.

“Kami bekerja dari 2 pagi hingga 10 malam setiap hari,” kata Shafee, sambil menambah bahawa mereka benar-benar keletihan.

Tanpa sebarang bantahan daripada Ashrof, Hakim Muniandy kemudian menjadualkan semula perbicaraan kes SRC yang membabitkan penyelwengan RM27 juta itu ke 21 hingga 25 April dan 19 hingga 23 Mei, tahun depan.

Kes jenayah ini berbeza dengan kes rasuah RM42 juta SRC terhadap Najib, yang dia disabitkan kesalahan dan kini menjalani hukuman penjara enam tahun. Dia juga didenda RM50 juta.

Kes pengubahan wang haram SRC RM27 juta ke atas Najib telah ditangguhkan beberapa kali sejak 2019 berikutan kes jenayah tertuduh yang lain.

Pada 3 Feb 2019, Najib didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram. Dia dituduh menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM27 juta, melalui tiga akaun bank.

Bekas presiden Umno itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di AmIslamic Bank, Bangunan Kumpulan Ambank, No 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Dia berdepan denda maksimum RM5 juta, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-Malaysia Kini

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakDPP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ADUN Mahkota, Johor Kritikal, Alami Pendarahan Dalaman

Next Post

OKU Lepasan Politeknik Kini Ketua Cef Pastri Restoran Terkenal

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post
OKU Lepasan Politeknik Kini Ketua Cef Pastri Restoran Terkenal

OKU Lepasan Politeknik Kini Ketua Cef Pastri Restoran Terkenal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd