Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Ada Pendakwaan Jika Bukti,...

Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata jika ada bukti dan keterengan kukuh melibatkan sesiapa...

UPSI Digesa Berperanan Tawar...

TANJUNG MALIM : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh berperanan dalam menawarkan kursus...

AirAsia Jadi Syarikat Penerbangan...

SEPANG - AirAsia menjadi syarikat penerbangan rakan kongsi rasmi bagi Sukan Asia Tenggara...

Sekat Royalti Minyak, Kit...

DAP didakwa terus melakukan diskriminasi terhadap negeri Melayu Kelantan dan Terengganu apabila dilapor...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim mengumumkan kemenangan Abdidin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Jawi, malam ini.

Abidin, 56, secara rasmi menang dengan memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin yang meraih 10,222 undi.

Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal yang mesra dengan panggilan Abang Bidin menang dengan majoriti 4,267 undi, membolehkan beliau meneruskan legasi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terbabit Allahyarham Nor Zamri Latiff.

Keputusan rasmi itu diperoleh selepas kiraan semua 66 saluran peti undi.

Berdasarkan keputusan kiraan, PH hanya memenangi satu daripada lapan daerah mengundi iaitu Puteri Gunong dengan meraih 3,952 undi, dengan kelebihan tipis 369 undi.

PN menguasai tujuh daerah mengundi dengan memenangi semua sembilan saluran mengundi di Sungai Duri dengan meraih 3,101 atau majoriti 2,056.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan saingan satu lawan satu antara PH dan PN (PAS).

PH mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin manakala PN diwakili bekas eksekutif logistik, Abidin Ismail.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

Pada PRN Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.

8.15 malam: Kemerosotan undi Cina disebabkan isu nasional – Kon Yeow

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata kekalahan PH hari ini dan kemerosotan undi Cina adalah kesan daripada isu nasional.

“Tiada kena mengena dengan (masalah) calon. Ini isu negara, subsidi, inflasi yang dilihat, kos sara hidup, beban yang terpaksa dihadapi rakyat.

“Mungkin kita (PH) kehilangan naratif. Walaupun semua usaha dilakukan tetapi naratif ini tidak menghasilkan keputusan (yang kita mahu),” katanya kepada pemberita di Bukit Jawi Golf Resort.

7.50 malam: PH jauh ketinggalan

Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail secara tidak rasmi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap hari ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Naib Yang Dipertua PAS itu meraih 13,725 undi meninggalkan pencabarnya, Joohari yang memperoleh 9,816 undi dengan majoriti 3,909 undi.


Keputusan tidak rasmi itu diperoleh menerusi kiraan 63 daripada 66 saluran peti undi setakat jam 7.45 malam.

7.40 malam: Rafizi kaitkan dengan peratusan keluar mengundi rendah

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa keputusan malam ini mencerminkan peratusan keluar mengundi yang rendah dalam kalangan bukan Melayu.

Dalam catatan di X, Rafizi berkata analisis awal menunjukkan peratusan pengundi Melayu adalah 70 peratus, manakala hanya 47 peratus pengundi Cina dan 58 peratus pengundi India keluar mengundi.

“Dengan jumlah keluar mengundi yang sangat berbeza di antara pengundi Melayu dan bukan Melayu, kerusi Sg Bakap menjadi kerusi majoriti besar Melayu (saluran-saluran bertukar dari Melayu-Bukan Melayu 55:45 kepada 75:25).

“Walaupun ada sedikit peralihan undi Melayu, keputusannya banyak dipengaruhi jumlah pengundi yang keluar,” katanya.

7.30 malam: PN mendahului PH

Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail mendahului Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin setakat jam 7.30 malam ini.

Berdasarkan kiraan undi tidak rasmi, Abidin meraih 9,528 undi meninggalkan pencabarnya, Joohari yang memperoleh 7,370 undi dengan majoriti 2,158 undi.

Keputusan tidak rasmi itu diperoleh menerusi kiraan 47 daripada 65 saluran peti undi.

7 malam: Keputusan tidak rasmi. Walaupun PH mendahului Undi Pos, kiraan tak rasmi setakat ini menunjukkan PN kini mendahului PH.

Setakat jam 7 malam, PN mempunyai lebih 1,300 undi setakat ini, manakala PH mempunyai sekitar 1,000 undi.

6.15 petang: MP Bayan Baru, Sim Tze Tzin menerusi X menyatakan PH mendahului 7 undi dalam kiraan Undi Pos apabila calon PH mendapat 63 undi manakala PN dapat 56 undi

6 petang: Tepat jam 6 petang, kesemua sembilan pusat mengundi ditutup sekali gus berakhirlah tempoh pengundian yang bermula sejak jam 8 pagi tadi.

Kini tumpuan beralih kepada proses pengiraan undi dan keputusannya bagi memuktamadkan siapakah bakal mengisi kekosongan pada kerusi berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Sungai Bakap sebanyak 57.77 peratus setakat jam 4 petang tadi.

Rekod kiraan terakhir bagi kadar peratusan keluar mengundi secara keseluruhan akan dimaklumkan ketika pengumuman kemenangan calon malam nanti.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori