• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sebak Tapi Saya Perlu Teruskan Juga Baca Berita’

oleh Mohd Arshad
16/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
‘Sebak Tapi Saya Perlu Teruskan Juga Baca Berita’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : “Sebak, tapi saya kena teruskan baca berita juga.”

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Demikian kata Pembaca Berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Anas Muhammad Farihin, 25, ketika ditugaskan membaca berita kematian sahabatnya Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tengah malam tadi.

Anas berkata, dia terkejut dan masih tidak percaya ketika mengetahui berita berkenaan.

“Kebetulan semalam memang giliran saya baca berita. Sewaktu dapat tahu berita itu kira-kira 9 malam, terduduk sekejap. Perasaan ketika itu bercampur baur antara percaya, betul atau tidak sehinggalah keluar kenyataan daripada pihak polis yang mengesahkan kejadian itu.

“Diakui apabila baca berita itu memang sebak, tapi kena tahan. Waktu ini emosi saya perlu dijaga, ekspresi perlu dikawal. Apatah lagi saya menjadi antara orang pertama yang tahu berita ini.

“Lagi pula, ketika berita kehilangan Faa (Nur Farah Kartini) saya bersama rakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) membuat bacaan tahlil secara dalam talian. Tidak menjangka ia berakhir dengan tragedi pilu,” katanya.

Menurutnya, Nur Farah Kartini seorang rakan yang baik, sopan santun dan sentiasa tersenyum.

“Kami mula berkawan ketika menuntut di Upsi. Kami satu pasukan pada setiap kali minggu orientasi pelajar baharu sepanjang tiga tahun. Walaupun saya senior dia, tapi kami sebaya.

“Dia seorang yang baik, sopan santun dan sentiasa tersenyum. Lagi satu, dia juga aktif dalam persatuan di Upsi dan kami selalu bekerjasama. Pendek kata, dia seorang yang berdedikasi dalam kerja,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut UPSI pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam.

-Berita Harian

Tags: Farah Kartinisebak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Bedah Siasat Belum Siap, Kes Bunuh Nur Farah Kartini Disebut Semula 10 Disember

Laporan Bedah Siasat Belum Siap, Kes Bunuh Nur Farah Kartini Disebut Semula 10 Disember

07/10/2024
0

KUALA KUBU BHARU: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 10 Disember ini bagi sebutan semula kes anggota polis berpangkat Lans Koperal,...

Pembunuhan Nur Farah: Kebun Ubi Suspek Turut Jadi Lokasi Siasatan Polis

Pembunuhan Nur Farah: Kebun Ubi Suspek Turut Jadi Lokasi Siasatan Polis

20/07/2024
0

HULU SELANGOR: Sebuah kebun ubi dekat Kampung Klan Halt dekat Slim River, menjadi tumpuan pasukan forensik dan siasatan Polis Diraja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd