• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembunuhan Nur Farah: Kebun Ubi Suspek Turut Jadi Lokasi Siasatan Polis

oleh Mohd Arshad
20/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pembunuhan Nur Farah: Kebun Ubi Suspek Turut Jadi Lokasi Siasatan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR: Sebuah kebun ubi dekat Kampung Klan Halt dekat Slim River, menjadi tumpuan pasukan forensik dan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, dalam usaha mencari bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata siasatan mendapati kebun ubi terbabit diusahakan suspek berusia 26 tahun secara sambilan.

Pada masa sama, beliau menafikan kebun itu milik suspek.

“Memandangkan siasatan masih lagi berjalan, kita tidak boleh menjelaskan (soalan lain) dengan lebih lanjut lagi.

“Tunggu Ketua Polis Selangor (Datuk Hussein Omar Khan) membuat kenyataan rasmi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehingga kini, operasi pencarian bahan bukti tambahan bagi kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu di Sungai Trolak, Kampung Batu 4, masih ditangguhkan.

Ini berikutan pemantauan oleh IPD Mualim terhadap sungai terbabit mendapati situasi di situ belum mengizinkan untuk pasukan skuba meneruskan pencarian yang dirancang.

Tinjauan media di Sungai Trolak mendapati, paras airnya semakin surut dan jernih berbanding keadaan semalam yang keruh selepas hujan di kawasan hulu dan setempat.

Semalam, operasi selaman di sungai itu ditangguhkan berikutan paras air sungai yang tidak menentu, malah arus deras disebabkan hujan pada awal pagi.

Cuaca di kawasan berkenaan agak redup dan tinjauan juga mendapati air sungai terbabit semakin jernih malah ada sebahagian kawasan sudah mula nampak beting pasir.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di Ladang Kelapa Sawit Kampung Seri Keledang, Hulu Selangor kira-kira jam 6.00 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga berkerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Terdahulu, media melaporkan beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini, 25, ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.

Pada hari yang sama, polis turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini.

BHonline-

Tags: Farah KartiniKebun Ubisiasatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bunuh Farah Kartini: Kad Sim Suspek Dianalisis

Next Post

Protes Ragut 100 Nyawa: Perintah Berkurung Di Bangladesh, Tentera Dikerah

Related Posts

Siasatan Insiden Putra Heights Dilakukan Dengan Bebas, Telus – MB Selangor

Siasatan Insiden Putra Heights Dilakukan Dengan Bebas, Telus – MB Selangor

03/07/2025
0

CYBERJAYA - Siasatan berhubung kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas dilakukan dengan penuh bebas...

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Next Post
Pembunuhan Nur Farah: Kebun Ubi Suspek Turut Jadi Lokasi Siasatan Polis

Protes Ragut 100 Nyawa: Perintah Berkurung Di Bangladesh, Tentera Dikerah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd