Saturday, November 9, 2024

Creating liberating content

Laman Web Papar Karikatur...

DIPERCAYAI terdapat sebuah laman web lucah yang berasal dari negara seberang semakin tersebar...

Ana Dahlia Selamat Bergelar...

TAHNIAH buat Ana dan suaminya Asyraf kerana telah selamat bergelar pasangan suami isteri...

TLDM Bantu Lepaskan Nelayan...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya membantu melepaskan lima nelayan...

Najib Bayar Ikat Jamin...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah...

Laporan Bedah Siasat Belum Siap, Kes Bunuh Nur Farah Kartini Disebut Semula 10 Disember

KUALA KUBU BHARU: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 10 Disember ini bagi sebutan semula kes anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Alif Monjani yang didakwa membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Eirene Nabila Amani Williams-Hunt memaklumkan kepada mahkamah bahawa laporan kimia dan laporan bedah siasat masih belum diperoleh.

“Saya mohon satu tarikh baharu untuk sebutan semula kes,” kata Eirene Nabila.

Peguam Nur Aida Zainuddin yang mewakili tertuduh tidak membantah namun memohon tarikh sebutan yang lebih lama.

Turut hadir, tiga peguam pemerhati yang dilantik keluarga mangsa, Mohd Norazihan Adnan, Luqman Hakim Azhar dan Goh Chee Kian.


Pada 26 Julai lalu, Muhammad Alif, 26, didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini, 25, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di ladang kelapa sawit SKC Keledang, Mukim Hulu Bernam, antara jam 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang pada 15 Julai lalu.

Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan meninggal dunia di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayatnya ditemukan jam 6 petang, 15 Julai lalu dipercayai dibunuh individu dikenali dan susulan itu, polis menahan anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori