• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SC Beri Amaran Penipuan Pelaburan Deepfake

oleh Mohd Arshad
22/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SC Beri Amaran Penipuan Pelaburan Deepfake
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada Isnin memberi amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan pelaburan ‘deepfake’ yang dicipta melalui kecerdasan buatan (AI) untuk menyamar sebagai individu dan nama syarikat terkemuka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu kenyataan, SC berkata, pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video ‘deepfake’ pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.

“Video ini ‘menampilkan’ tokoh awam atau syarikat tertentu, dalam usaha nyata untuk memberikan kredibiliti kepada kerja mereka ini.

“Melalui penggunaan teknologi AI, video itu dimanipulasi untuk hampir menyerupai suara tokoh awam ini, termasuk pergerakan bibir, menjadikan peluang pelaburan tersebut kelihatan tulen,” kata pengawal selia pasaran modal itu.

SC berkata, biasanya video ‘deepfake’ itu juga akan mempromosikan pelaburan yang kononnya ditawarkan oleh syarikat yang bereputasi.

Katanya, posting tersebut juga mempunyai butang atau pautan “Ketahui Lebih Lanjut”, yang membawa pihak yang berminat ke halaman pendaftaran bagi mengumpulkan maklumat peribadi mereka.

“Orang ramai yang tidak peka dan terus mengakses pautan itu akan diminta memuat turun aplikasi, yang mana ia mendedahkan mereka kepada risiko jenayah siber.

“Setelah mendaftar, bakal mangsa akan dihubungi oleh ejen yang kemudiannya menipu mereka, dengan meminta untuk memindahkan wang atau memberikan butiran peribadi selanjutnya,” katanya.

SC dengan bantuan Meta telah menurunkan video sedemikian untuk mengekang akses kepada pihak awam yang mungkin menjadi mangsa penipuan itu.

SC juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti penipuan pelaburan tersebut.

“Selain itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menilai tawaran pelaburan, termasuk memastikan mereka tidak memindahkan atau mendepositkan wang ke dalam akaun yang mencurigakan,” kata SC.

Bernama-

Tags: DeepfakePenipuan PelaburanSuruhanjaya Sekuriti Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Next Post

Pesara Tentera Amang Seksual Anak Rakan, Dijel Empat Tahun Dan Satu Sebatan

Related Posts

4 Termasuk Pembantu Makmal Kena Scam RM405,000

4 Termasuk Pembantu Makmal Kena Scam RM405,000

09/07/2023
0

ALOR GAJAH: Tiga sekeluarga dan seorang pembantu makmal kerugian lebih RM400,000 akibat terpedaya dengan penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian...

Penipuan Dalam Talian Terbaru, Deepfake, Didedahkan

Penipuan Dalam Talian Terbaru, Deepfake, Didedahkan

09/05/2023
0

HANOI: Penjenayah siber kini bertindak lebih ke hadapan apabila menggunakan video palsu 'deepfake' berasaskan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk membuat...

Next Post
Pesara Tentera Amang Seksual Anak Rakan, Dijel Empat Tahun Dan Satu Sebatan

Pesara Tentera Amang Seksual Anak Rakan, Dijel Empat Tahun Dan Satu Sebatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd