• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Termasuk Pembantu Makmal Kena Scam RM405,000

oleh Mohd Arshad
09/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
4 Termasuk Pembantu Makmal Kena Scam RM405,000
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH: Tiga sekeluarga dan seorang pembantu makmal kerugian lebih RM400,000 akibat terpedaya dengan penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian dan mata wang kripto.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah, Superintendan Arshad Abu berkata mangsa menyedari ditipu apabila tidak menerima pulangan seperti dijanjikan sebelum membuat laporan polis bagi siasatan kes yang membabitkan modus operandi berbeza.

Katanya, kes pertama membabitkan seorang peniaga bersama isteri dan adiknya kerugian RM285,000 akibat diperdaya individu tidak dikenali untuk melabur wang simpanan mereka dalam pelaburan tidak wujud.

“Pengadu (mangsa) seorang peniaga kelapa sawit berusia 46 tahun mendakwa ketika berada di rumahnya pada 24 April lalu, melihat satu iklan pelaburan Syarikat Sequoia Capital dengan jaminan pelaburan 20 peratus setiap minggu.

“Pengadu kemudian berhubung dengan seorang wanita dikenali Annie di talian `Whatsapp’ yang disertakan dalam iklan itu dan tertarik untuk melabur,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Arshad berkata mangsa kemudiannya membuat bayaran secara berperingkat berjumlah RM285,000 wang hasil simpanan dikumpul bersama isteri dan adiknya ke dalam tiga akaun bank berlainan.

“Mangsa turut diberi kata laluan untuk mendaftar masuk ke laman sesawang suspek dan mula teruja melihat sudah menerima pulangan 20 peratus untuk minggu pertama keuntungan pelaburan lalu menambah pelaburan.

“Malangnya, selepas itu dia sedar tidak lagi dapat mendaftar masuk ke laman web itu dan tidak mendapat keuntungan seperti dijanjikan malah wang modalnya juga lesap,” katanya.

Arshad berkata dalam kes berasingan seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu makmal hospital kerugian RM120,000 akibat ditipu kenalan dalam pelaburan mata wang kripto.

Katanya, dalam kes itu pengadu berusia 29 tahun bertemu suspek lelaki dikenali dan ditawarkan menyertai satu skim pelaburan Crypto Monspace vang menjanjikan pelaburan lumayan hingga yakin menyertai dengan modal RM120,000.

“Siasatan mendapati pada 19 November 2020 ketika di Bank Rakyat Masjid Tanah, pengadu memasukkan wang RM85,000 ke dalam akaun bank atas suspek dan RM35,000 lagi di sebuah bank di Alor Gajah ke dalam akaun seorang lelaki lain.

“Namun sehingga kini pengadu dakwa tiada menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan,” katanya.

Arshad berkata siasatan mendapati mangsa dijanjikan keuntungan lima peratus setiap bulan iaitu RM4,038 dan hanya mendapat pulangan RM12,114 iaitu untuk tempoh tiga bulan.

Katanya, mangsa membuat laporan pada 6 Julai lalu serta semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

BHonline-

Tags: pembantu makmalPenipuan Pelaburanscam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd