• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

oleh Mohd Arshad
31/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saiz dana terkumpul Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai Pelaburan KWAP, Hazman Hilmi Sallahuddin ketika membentangkan pencapaian prestasi kewangan KWAP 2023.

Hazman Hilmi berkata, bagi tahun 2023 saiz dana KWAP berjumlah RM169.8 bilion berbeza pada 2022 iaitu RM158.1 bilion dan memastikan berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat Teras Lima menjelang akhir 2024.

“Selepas mengambil kira pengeluaran berjumlah RM3 bilion dana KWAP yang digunakan untuk membiayai sebahagian liabiliti pencen kerajaan, peningkatan bersih sebanyak RM11.7 bilion tahun ke tahun mencerminkan dedikasi berterusan organisasi untuk mengurus aset secara berhemat.

“Ini mengukuhkan kedudukan KWAP sebagai dana persaraan sektor awam terbesar di Malaysia untuk kakitangan awam,” katanya di sini pada Rabu.

Tambah Hazman Hilmi, prestasi dana diserlahkan lagi oleh pendapatan bersih sebanyak RM9.7 bilion, peningkatan ketara daripada RM263 juta pada 2022.

Jelasnya, bagi kelas aset masing-masing, pelaburan ekuiti awam KWAP mencatatkan Kadar Pulangan Berwajaran Masa (TWRR) sebanyak 11.0 peratus.

“TWRR bagi Portfolio ekuiti swasta sebanyak 7.9 peratus, pendapatan tetap 6.2 peratus, infrastruktur mencapai 5.2 peratus, dan hartanah memperoleh 35 peratus.

“Selain itu, selaras dengan agenda ekonomi Madani, KWAP kekal sebagai pelabur utama di Malaysia dengan 75.6 peratus daripada aset pelaburan KWAP dilaburkan di Malaysia manakala hanya 24.4 peratus dilupuskan dalam pasaran antarabangsa.

“Daripada jumlah aset pelaburan, awam membentuk 87.7 peratus atau RM149 bilion dan baki 12.3 peratus atau RM20.8 bilion dalam pasaran swasta,” katanya.

Menurut beliau, jumlah caruman yang diterima pada 2023 sebanyak RM2.7 bilion adalah daripada tiga sumber utama Caruman Kerajaan Persekutuan, Saham Kerajaan dan Caruman Majikan.

“Terakhir, termasuk sumbangan daripada badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, dan agensi peminjaman,” jelasnya.

Katanya, KWAP juga sentiasa komited untuk mengukuhkan ekosistem modal teroka (VC) Malaysia melalui inisiatif Dana Perintis yang dilancarkan pada 2023.

“Dengan sejumlah RM500 juta peruntukan, usaha ini bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam bidang keusahawanan Malaysia.

“Landskap, memperkasakan syarikat peringkat awal, memacu inovasi dan meningkatkan daya tahan ekonomi,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: DanaKWAP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pelatih Henry Gurney Didakwa Bunuh Rakan Pelatih Tanpa Niat

Next Post

Pentauliahan Mikro Bantu Komuniti Luas Akses Pengajian

Related Posts

‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib

‘Saya Tidak Bertanggungjawab Kawal Bagaimana Dana SRC Diguna’ – Najib

27/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak bertanggungjawab mengawal segenap segi bagaimana dana...

TH Berjaya Kutip Dana Lebih RM1 Juta

TH Berjaya Kutip Dana Lebih RM1 Juta

04/06/2024
0

MAKKAH : Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mengutip dana berjumlah lebih RM1 juta, hasil sumbangan jemaah haji dan pendepositnya melalui...

Next Post
Pentauliahan Mikro Bantu Komuniti Luas Akses Pengajian

Pentauliahan Mikro Bantu Komuniti Luas Akses Pengajian

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd