Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Video: Dubsmash ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’...

AKSI dubsmash masih lagi menjadi trending dan kegilaan ramai pengguna sosial.Setiap hari, ada sahaja...

Buggy Untuk OKU, Ibu...

KUALA LUMPUR – Grab selaku rakan rasmi perkhidmatan hailing Sukan SEA Kuala Lumpur...

Pertemuan KKM Dan Kumpulan...

BERA - Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan anti...

Korban Kepentingan Politik Sokong...

KUALA LUMPUR - PAS menyeru umat Islam Malaysia terutama Ahli Parlimen melakukan pengorbanan...

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan sedikit peralihan pengundi, namun keputusan masih dipengaruhi oleh jumlah pengundi yang keluar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Melalui analisis awal PRK berkenaan, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata jumlah keluar mengundi yang direkodkan ialah sebanyak 70 peratus mewakili Melayu diikuti India (58 peratus) dan Cina (47 peratus).

“Dengan jumlah keluar mengundi yang sangat berbeza di antara pengundi Melayu dan bukan Melayu, kerusi Sungai Bakap menjadi kerusi majoriti besar Melayu.

“Saluran bertukar membabitkan Melayu, bukan Melayu daripada 55:45 kepada 75:25,” katanya melalui aplikasi X.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dr Joohari Ariffin, 60, dari Pakatan Harapan (PH) dengan Abidin Ismail, 56, mewakili Perikatan Nasional (PN).


Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Abidin menewaskan Dr Joohari di Sungai Bakap dengan majoriti 4,269 undi.

Naib Yang Dipertua PAS itu meraih 14,554 undi meninggalkan pencabarnya, Dr Joohati dengan 10,285 undi.

PH hanya memenangi satu daripada lapan daerah mengundi iaitu Puteri Gunong dengan meraih 3,952 undi, dengan kelebihan tipis 369 undi.

Sementara PN menguasai tujuh daerah mengundi dengan memenangi semua sembilan saluran mengundi di Sungai Duri dengan meraih 3,101 atau majoriti 2,056.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori