• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Pasar Malam Didakwa Rogol, Amang Seksual Pelajar OKU

oleh AK-47
14/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
3
Peniaga Pasar Malam Didakwa Rogol, Amang Seksual Pelajar OKU
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Seorang peniaga pasar malam dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini pada Ahad atas 11 pertuduhan merogol dan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun antara Mac hingga Mei lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Lim Khim Tai, 47, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh berhadapan tiga pertuduhan merogol dan enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang mempunyai kecatatan mental itu kira-kira jam 8 pagi di bilik tidur sebuah rumah di Jalan Temenggong Ahmad di sini.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 8 Mac hingga 24 Mei lalu.

Bagi kesalahan merogol tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (k) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara bagi kesalahan amang seksual, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a), Seksyen 14 (b) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Bagi kesalahan itu tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir tidak menawarkan jaminan kerana khuatir tertuduh yang merupakan kenalan bapa mangsa akan mengganggu mangsa yang kini hamil lima bulan.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh yang sudah berkahwin itu dan menetapkan 18 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam.

-Sinar Harian

Tags: amang seksualPelajar OKUrogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Guru Mengaji Didakwa Laku Amang Seksual

Guru Mengaji Didakwa Laku Amang Seksual

04/12/2025
0

Kota Bharu: Seorang guru mengaji didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd