• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Mengaku Rogol Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun

oleh Mohd Arshad
18/07/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
2
Pekerja Kilang Mengaku Rogol Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Pasir Mas : Seorang pekerja kilang papan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Gua Musang pada Jumaat lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mahkamah bagaimanapun tidak merekodkan pengakuan terbabit dan menetapkan 23 Julai nanti sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Gua Musang.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia lima tahun 10 bulan di sebuah bilik dalam kilang di Gua Musang pada 12 tengah hari Jumaat lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa yang sama dan di lokasi serta tarikh kejadian sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut seksyen serta akta yang sama. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes terbabit adalah jenayah serius.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 Julai sebagai tarikh sebutan semula untuk merekodkan pengakuan.

-Harian Metro

Tags: Pekerja Kilangrogol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

07/10/2025
0

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar batu dalam kejadian di sebuah kilang memproses tar jalan raya di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd