• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Bung Tak Sihat, Rayuan Pendakwaan Tangguh

oleh AK-47
29/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peguam Bung Tak Sihat, Rayuan Pendakwaan Tangguh
Share on FacebookShare on Twitter

Prosiding rayuan terhadap pembebasan pemimpin Umno Sabah Bung Moktar Radin ditangguhkan susulan peguam tertuduh Bung Moktar Radin tidak sihat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Ahmad Zaidi Ibrahim menjadualkan semula tarikh kepada 9 Oktober untuk pihak pendakwaan membuat rayuan dalam kes terhadap Bung dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad.

Ditemui media selepas prosiding, K Kumaraendran–peguam Zizie–berkata peguam Bung–M Athimulan–mempunyai masalah berkaitan jantung.

Anggota parlimen Kinabatangan dan Zizie dibebaskan pada 7 Sept 2023 setelah Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan mereka terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 Sept 2022 yang memerintahkan pasangan tersebut membela diri.

Pihak pendakwaan mahu merayu terhadap keputusan itu kerana beranggapan hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam menjalankan bidang kuasa semakan dalam tiga pertuduhan rasuah itu.

Pendakwaan antaranya berpendapat:

Hakim terkhilaf apabila membebaskan pasangan itu melalui proses semakan undang-undang tanpa merujuk alasan penghakiman penuh dan rekod prosiding Mahkamah Sesyen mengenai keterangan saksi pendakwaan ke-24 (Madhi Abdul Hamid) dan saksi pendakwaan ke-25 (Norhaili Ahmad Mokhtar).

Hakim terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila membebaskan responden walaupun tidak dinyatakan dalam keputusan lisan hakim Mahkamah Sesyen bahawa keputusan prima facie yang dibuat hanya bergantung semata-mata kepada keterangan SP24 dan SP25.

Hakim terkhilaf dari segi undang-undang apabila gagal mempertimbang kebolehterimaan keterangan separa hostile oleh SP24 dan SP25.

Bung Moktar, ketika menjadi pengerusi bukan eksekutif Felcra, didakwa pada 3 Mei 2019 atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan agensi berkenaan supaya melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Dia didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid melalui Zizie di Public Bank Cawangan Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 12 Jun 2015.

Bung juga didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah Norhaili Ahmad Mokhtar atas nama Zizie untuk sebab dan tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala isterinya didakwa bersubahat.

-Malaysia Kini

Tags: Bung MoktarPeguam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Berkas 4 Lelaki Terbabit Pergaduhan, Rampas 3 Pistol

Next Post

Setiausaha Syarikat Perladangan Tak Mengaku Guna Dokumen Palsu

Related Posts

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

Peguam Minta Guan Eng Tarik Balik Tuduhan Menipu Dalam Mahkamah

Peguam Minta Guan Eng Tarik Balik Tuduhan Menipu Dalam Mahkamah

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Prosiding yang berlangsung dalam Mahkamah Tinggi di sini hari ini tegang seketika apabila bekas Menteri Kewangan, Lim...

Next Post
Setiausaha Syarikat Perladangan Tak Mengaku Guna Dokumen Palsu

Setiausaha Syarikat Perladangan Tak Mengaku Guna Dokumen Palsu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd