• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Bersepadu Besar-besaran Bas Persiaran Esok

oleh Mohd Arshad
01/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Operasi Bersepadu Besar-besaran Bas Persiaran Esok
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi bersepadu besar-besaran terhadap bas persiaran di seluruh negara bermula pagi esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah tersebut bagi mengesan sebarang salah laku dan ketidakpatuhan undang-undang yang dilakukan operator bas persiaran.

“Kita telah mengeluarkan notis kepada mereka dan operasi ini akan dilakukan bermula jam 6 pagi esok di kawasan tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar berkaitan status pelaksanaan permit kemasukan kenderaan motor asing ke Malaysia (VEP), penurunan kadar fi bagi mencetak sijil pemilikan kenderaan (VOC) dan tempoh pemeriksaan berkala kenderaan institut memandu di Kementerian Pengangkutan di sini pada Isnin.

Sabtu lalu, dilaporkan dua penumpang maut selepas bas persiaran membawa pelancong warga China terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong, Pahang.

Siasatan lanjut mendapati pemandu bas berusia 32 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu selain mempunyai 27 saman trafik lampau membabitkan pelbagai kesalahan.

Sementara itu, Anthony berkata, semakan pihaknya turut mendapati permit operasi bas tersebut telah tamat tempoh sejak pada 16 Februari lalu yang mana usia bas telah melebihi 15 tahun.

“MOT memandang serius kepada insiden kemalangan ini yang jelas menunjukkan pengendali syarikat bas persiaran ini tidak mengikut undang-undang, membenarkan pemandu tiada lesen dan bas melebihi usia permit,” tegasnya.

Ujar beliau, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat berkenaan untuk menjawab dalam tempoh tiga hari.

“Saya telah mengarahkan APAD mengambil tindakan paling tegas terhadap syarikat pengendali kerana ini adalah satu ketidakpatuhan undang-undang yang amat jelas, bas tiada permit, pemandu tiada lesen dan menyebabkan kemalangan kehilangan dua nyawa dan sudah tentu menjejaskan imej negara kerana melibatkan pelancong asing,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya bercadang untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 42 (2) Akta APAD 2010.

“Seksyen ini akan diguna oleh JPJ untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan pendakwaan terhadap pemegang lesen.

“Selain pemandu, syarikat pengendali iaitu pemegang permit dan lesen bas pelancong juga mesti bertanggungjawab dan kita juga akan mengambil tindakan,” jelas Anthony.

Sementara itu ditanya mengenai perbincangan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), beliau berkata, beberapa perincian untuk penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan.

“Memang ada perbincangan minggu ini,” katanya.

SinarHarian-

Tags: Anthony LokeBas PersiaranJPJOperasi Bersepadu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

21/09/2025
0

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyarankan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) membabitkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd