• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat ASEAN Bakal Diadakan Di Semua Negeri, Tidak Tumpu Di KL

oleh Mohd Arshad
27/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mesyuarat ASEAN Bakal Diadakan Di Semua Negeri, Tidak Tumpu Di KL
Share on FacebookShare on Twitter

VIENTIANE : Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun hadapan akan mengadakan mesyuarat serantau di semua negeri dan tidak hanya dipusatkan di Kuala Lumpur sahaja.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sebagai tuan rumah, Malaysia akan mengatur kira-kira 300 mesyuarat di peringkat pegawai dan menteri serta dua sidang kemuncak melibatkan ketua negara.

“Kami telah pun melihat dan meninjau serta bersetuju untuk membawa mesyuarat di peringkat menteri dan pegawai ke seluruh negeri.

“Saya berharap semua tempat dan negeri yang telah kami kenal pasti, untuk melakukan persiapan yang terbaik untuk kita menyambut tetamu kerana ini akan melonjakkan imej negara,” katanya kepada media Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata mesyuarat pertama Menteri-Menteri Luar ASEAN untuk sesi permukiman akan diadakan pada 18 hingga 19 Januari di Pulau Langkawi, Kedah.

Mohamad berkata Malaysia bersedia menjadi pengerusi ASEAN dengan menggariskan tiga tonggak utama iaitu politik dan keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.

Selain itu, katanya draf konsep Komuniti ASEAN 2025-2045 yang akan diperkenalkan tahun hadapan, kini dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

Katanya, konsep itu adalah visi 20 tahun, bertujuan meningkatkan kerjasama negara serantau dalam pelbagai aspek.

Mohamad berada di Vientiane sejak Selasa lepas untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang dipengerusikan oleh Laos.

Hari ini, Mohamad dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone dan mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar China Wang Yi.

–BERNAMA

Tags: ASEANMesyuarat ASEAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd