• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Beri Amaran Keras, Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Naikkan Wang Jaminan

oleh Mohd Arshad
26/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Mahkamah Beri Amaran Keras, Tak Puas Hati Alasan Norjuma, Naikkan Wang Jaminan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memberi amaran kepada bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed, kerana gagal menghadirkan diri semasa prosiding sebutan kes berkaitan pertuduhan mencederakan individu dan melakukan khianat antara 2017 hingga 2023.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Amaran itu dikeluarkan Majistret, Noor Elynna Hanim Abd Halim dan Illi Marisqa Khalizan, selepas bertanyakan alasan kegagalan usahawan selebriti itu hadir pada prosiding, 27 Jun lalu.

Ketika prosiding di Mahkamah Majistret Jenayah (MMJ) 4, Norjuma memberikan alasan ketidakhadirannya disebabkan dia tiada maklumat terperinci mengenai prosiding.

“Mohon maaf puan, saya pergi kaunter Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan maklumat terperinci kerana saya tidak mengetahui kamar (mahkamah) berapa, di mana dan apa yang berlaku kerana peguam tidak hadir,” katanya yang mengaku sudah melantik peguam.

Bagaimanapun, alasan dikemukakan Norjuma itu tidak diterima dengan Noor Elynna memberikan amaran serius.

“Anggap ini sebagai amaran. Wang jaminan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,500,” katanya yang turut membatalkan waran tangkap Norjuma.

Sementara itu, alasan sama turut dikemukakan Norjuma dalam prosiding di MMJ 2, namun Majistret Illi Marisqa turut mengeluarkan amaran sama dan menaikkan wang jaminan kepada RM2,000 kerana tidak berpuas hati dengan penjelasannya.

“Puan Norjuma, ini amaran terakhir perlu pastikan tarikh-tarikh selepas ini puan hadir, sekiranya tidak waran tangkap akan dikeluarkan atas puan bukan atas peguam.

“Dan kena pastikan tarikh dan mahkamah mana yang puan puan kena hadir.

“Waran tangkap dibatalkan, namun berdasarkan penjelasan diberikan dan tidak mencukupi saya naikkan wang jaminan daripada RM1,500 kepada RM2,000,” katanya.

Pada masa sama, Majistret Fatin Dayana Jalil dan Nurul Izzah Shaharuddin turut membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan kepada Norjuma atas kegagalannya hadir semasa sebutan kes, bulan lalu.

Pada prosiding hari ini, keempat-empat mahkamah majistret menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes terbabit dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R Harvind, Anis Wahidah Mohamad dan Sheryn Yong Shi Yee serta Hamizah Hisan.

Terdahulu, kehadiran Norjuma tidak disedari kumpulan media yang menunggu di depan Kompleks Mahkamah di sini, selepas wanita itu dipercayai dibawa melalui pintu belakang sebelum naik ke kamar perbicaraan.

Norjuma yang bergari semasa prosiding berlangsung, dilihat tampil bersendirian tanpa penjamin dan peguam.

Pada 25 April lalu, usahawan tudung itu mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.

Mengikut pertuduhan pertama, Norjuma didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang, di sini, pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara, di sini, pada jam 3 petang, 29 Mac 2018 lalu.

Sementara itu, pertuduhan ketiga, dia dituduh menyebabkan kecederaan dengan cara menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.

Tiga pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda mencecah RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima, wanita itu didakwa merosakkan palang keluar masuk kenderaan dan CCTV milik sebuah kondominium, dengan anggaran kerugian berjumlah RM4,700 di Taman U-Thant, di sini, pada jam 7.44 dan 7.45 malam, 28 Julai 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua duanya, jika sabit kesalahan.

BHonline-

Tags: amaranmahkamahNorjuma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TERKINI: Pembunuh Nur Farah Kartini Didakwa Esok

Next Post

Air Tangki Melimpah, 17 Lif Di Komtar Henti Operasi Sementara

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

29/11/2024
0

TAWAU - Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini...

Next Post
Air Tangki Melimpah, 17 Lif Di Komtar Henti Operasi Sementara

Air Tangki Melimpah, 17 Lif Di Komtar Henti Operasi Sementara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd