• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Ketua Audit Mungkin Dibahas Di Dewan Rakyat Esok

oleh Mohd Arshad
08/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Laporan Ketua Audit Mungkin Dibahas Di Dewan Rakyat Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 dijangka dibahaskan di Dewan Rakyat, esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) dan Usul-Usul yang disiarkan di laman web Parlimen, usul bagi membahaskan LKAN 2/2024 akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas Rang Undang-Undang (RUU) Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 diputuskan.

AUM itu menyatakan, LKAN wajar dibahaskan secara terperinci di Dewan Rakyat supaya perhatian dan pengamatan yang mendalam oleh semua pihak dapat diberikan bagi mendukung hasrat kerajaan mewujudkan tadbir urus sektor awam yang lebih baik, selain penelitian hanya di peringkat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Ia sekali gus dapat memberikan isyarat jelas kepada keseluruhan jentera pentadbiran kerajaan akan kesungguhan untuk memerangi kecurangan dan salah laku serta memartabatkan tatakelola yang unggul seperti yang disarankan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Usaha murni ini juga seiring dengan inisiatif mentransformasikan Dewan Rakyat yang berperanan untuk ‘semak dan imbang’ kuasa eksekutif,” katanya.

LKAN 2/24 dibentangkan di Dewan Rakyat Khamis lalu melaporkan sembilan pengauditan membabitkan 11 kementerian dengan kos keseluruhan diaudit berjumlah RM41.97 bilion.

Ia membabitkan pengauditan mengenai aktiviti kementerian atau jabatan Kerajaan Persekutuan serta badan berkanun Persekutuan, dan skop pengauditan meliputi projek yang dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) hingga RMK12.

Beberapa kelemahan dalam pelaksanaan yang berpunca daripada pelbagai faktor, seperti kurang pemantauan atau penyeliaan oleh pihak berkaitan, ketiadaan penyelarasan antara agensi berkenaan, ketiadaan pangkalan data yang lengkap dan kelemahan dalam polisi mahu pun prosedur kerja disebut dalam laporan berkenaan.

Selain itu, sebanyak sembilan RUU akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama esok, dengan lapan daripadanya oleh Menteri di JPM.

RUU berkenaan adalah RUU Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024, RUU Keterangan (Pindaan) 2024, RUU Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024, RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 dan RUU Angkatan Tentera (Pindaan) 2024.

Selain itu, RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2024, RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024, serta RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 oleh Menteri Dalam Negeri.

Turut menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat esok adalah sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri yang akan dijawab oleh Anwar.

Soalan yang dikemukakan adalah mengenai dasar dan hala tuju Malaysia susulan hasrat untuk menyertai BRICS serta bagaimana penyertaan itu akan membantu perkembangan ekonomi negara, khususnya dalam meningkatkan potensi eksport tempatan ke negara BRICS oleh Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lee Chuan How.

Selain itu, soalan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim mengenai fokus kerajaan dalam usaha pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti pentadbiran perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 serta pelaksanaan reformasi institusi supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat berfungsi secara adil, telus dan bebas daripada campur tangan pihak eksekutif.

-Berita Harian

Tags: Dewan RakyatLaporan Ketua Audit
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd