• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Keracunan Makanan: Polis Tunggu Laporan Kimia

oleh AK-47
19/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
Kes Keracunan Makanan: Polis Tunggu Laporan Kimia
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Polis masih menunggu laporan kimia bagi melengkapkan siasatan kes keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian, 10 Jun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kertas siasatan kes itu sudah lengkap dan hanya menunggu laporan berkenaan.

Menurutnya, secara keseluruhan, seramai 22 individu diambil keterangan bagi siasatan kes.

“Ketika ini, kita (polis) masih menunggu laporan kimia yang kebiasaannya akan mengambil masa kira-kira sebulan.

“Sebaik diperoleh ia akan diteliti sebelum tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan bayi perempuan 19 bulan dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas mengalami keracunan makanan dipercayai selepas makan makanan dibawa pulang dari sebuah program sekolah agama di Gombak.

Berikutan itu, polis telah memanggil pengusaha katering, guru dan penganjur program di sekolah terbabit.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan pihak perkhidmatan makanan menghentikan bekalan yang disyaki menjadi punca keracunan makanan pada program sekolah terbabit.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan seramai 82 daripada 247 orang mengalami gejala keracunan makanan.

Keracunan makanan itu disyaki berpunca daripada bihun goreng dan telur mata yang didakwa sudah berubah rupa dan rasa.

-Sinar Harian

Tags: Kes Keracunan MakananLaporan Kimiapolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd