• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Culik Albertine Leo: Ibu, Bapa Mangsa Tidak Kenal 5 Suspek – Polis

oleh Mohd Arshad
25/07/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Kes Culik Albertine Leo: Ibu, Bapa Mangsa Tidak Kenal 5 Suspek – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Ibu atau bapa Albertine Leo Jia Hui, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang diculik Sabtu lalu, tidak mengenali lima suspek yang ditahan polis berhubung kes berkenaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mengesahkan demikian, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata setakat ini polis masih menyiasat motif penculikan kanak-kanak itu dan hubungan sesama suspek.

“Siasatan masih berjalan, motif penculikan juga masih disiasat, begitu juga hubungan suspek sesama suspek. Selepas dilengkapkan siasatan, kita akan maklumkan hasilnya,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Ditanya kemungkinan akan ada tangkapan baharu, Kumar berkata, masih terlalu awal untuk polis memaklumkan perkara itu.

“Seperti saya katakan, siasatan sedang dijalankan. Masih terlalu awal untuk katakan begitu,” katanya.

Mengenai baju dipakai salah seorang suspek yang memaparkan motif festival Bon Odori ketika ditahan polis yang mungkin menunjukkan dia peniaga di lokasi kejadian penculikan itu, Kumar berkata, baju itu boleh dibeli sesiapa sahaja.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, empat suspek pertama yang ditahan reman selama empat hari sehingga esok akan dibebaskan dengan jaminan polis sekiranya tiada keperluan untuk disambung reman.

“Untuk empat tangkapan yang direman sehingga esok, sekiranya tiada keperluan, kita akan beri jamin polis, tetapi tertakluk kepada perkembangan semasa siasatan yang dijalankan,” jelasnya.

Albertine Leo disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam pada Sabtu lalu oleh ibu bapanya yang berniaga di Festival Bon Odori di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, dekat sini.

Kes kemudian diklasifikasikan daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik, susulan penahanan tiga suspek berusia 28 hingga 55 tahun Isnin lalu.

Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira jam 1.30 petang di sekitar kawasan Gelang Patah sebelum tangkapan susulan dibuat terhadap seorang lagi wanita berusia 40-an sekitar daerah ini, jam 12.15 tengah hari kelmarin.

Keempat-empat suspek warga tempatan itu kemudian direman empat hari sehingga Jumaat ini.

Polis kemudian berjaya menyelamatkan mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor, kira-kira jam 4.45 pagi kelmarin.

Suspek kelima yang ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang ada bersama mangsa, dipercayai membawa budak perempuan itu dari Johor ke Selangor dengan sebuah kereta.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan dibenarkan ditahan reman selama tujuh hari hingga Isnin depan.

BHonline-

Tags: Kes Culik Albertine LeoSuspek
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahli Perniagaan Dituduh Terima Deposit Pelaburan Emas RM5 Juta Tanpa Lesen

Next Post

TERKINI: Pembunuh Nur Farah Kartini Didakwa Esok

Related Posts

Kes Bunuh Norshamira: Suspek Disambung Reman 7 Hari

Kes Bunuh Norshamira: Suspek Disambung Reman 7 Hari

21/02/2025
0

Kuantan: Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran...

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

09/02/2025
0

SHAH ALAM: Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam...

Next Post
TERKINI: Pembunuh Nur Farah Kartini Didakwa Esok

TERKINI: Pembunuh Nur Farah Kartini Didakwa Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd