• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Sahkan Pembunuhan Haniyeh, Siasatan Sedang Dijalankan

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Iran Sahkan Pembunuhan Haniyeh, Siasatan Sedang Dijalankan
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA : Kementerian Luar Negeri Iran hari ini mengesahkan kematian Ismail Haniyeh, ketua kumpulan Hamas, dengan menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran, Nasser Kanani mengucapkan takziah atas kesyahidan Ismail Haniyeh kepada bangsa Palestin yang berbangga.

Beliau menegaskan bahawa “siasatan ke atas butiran insiden itu oleh institusi berkaitan Republik Islam Iran sedang dijalankan.”

“Kesyahidan saudara Ismail Haniyeh di Tehran akan mengukuhkan ikatan yang mendalam dan tidak terputus antara Republik Islam Iran dan Palestin serta Pergerakan Penentangan yang dikasihi,” kata Kanani.

Sementara itu, parlimen Iran mengumumkan bahawa ia akan mengadakan mesyuarat luar biasa berikutan pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran.

Dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Agensi Berita Mehr Iran, jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Negara parlimen, Ebrahim Rezaei berkata parlimen “akan mengadakan mesyuarat mengenai insiden ini dengan kehadiran semua institusi berkaitan dan hasilnya akan didedahkan kepada umum.”

Kumpulan Hamas sebelum ini mengesahkan kematian Haniyeh dalam “pembunuhan khianat” di Tehran.

Israel belum membuat sebarang pengumuman mengenai pembunuhan itu.

-BERNAMA-ANADOLU

Tags: IranIsmail Haniyehsiasatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd