Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Terjemahan Al-Qur’an Tanpa Ayat...

GOPENG -- Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan ayat asal diharamkan walaupun ia bagi...

Balas Dendam Pada ISIS,...

SEBAGAI balasan terhadap serangan di Paris, pesawat perang milik Perancis mula mengebom beberapa wilayah...

Seorang Ahli Mesyuarat Di...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang individu yang telah menghadiri...

Jangan Bandingkan Tarif Air...

KUALA LUMPUR - Jangan bandingkan kenaikan tarif air di Pulau Pinang dengan pelaksanaan...

Dua Ekor Buaya Tembaga Didakwa Muncul Di Kampung Morten

MELAKA – Dua ekor buaya tembaga didakwa muncul di Sungai Melaka dekat Kampung Morten di sini pada pagi Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Petra Sulai berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung kehadiran reptilia itu selepas mendapat aduan daripada penduduk di kampung berkenaan.

“Kita sentiasa melakukan pemantauan yang kerap di lokasi berkenaan sebelum ini termasuklah memasang perangkap di Sungai Malim, Kampung Gadong.

“Penduduk diminta berhati-hati dan tidak cuba mengambil tindakan sendiri di kawasan yang didakwa terdapat buaya berkenaan,” katanya pada Ahad.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit menunjukkan seekor buaya tembaga dianggarkan sepanjang dua meter sedang berehat di bawah laluan pejalan kaki Sungai Melaka di Kampung Morten.


Penduduk turut mendakwa, ada ternampak dua spesies reptilia itu sedang bergaduh di kawasan lubuknya sekali gus menimbulkan kebimbangan mereka di lokasi pelancongan itu.

Sebagai rekod, Sungai Melaka sepanjang 4.5 kilometer sekitar Kampung Morten merupakan lokasi ikonik pelancongan Melaka apabila menjadi laluan bot pelancongan Melaka River Cruise (MRC).

Bot pelancongan itu yang mencatatkan hampir 20,000 pelancong setiap hujung minggu.

-Sinar Harian

2 KOMEN

  1. I have been browsing online more than three hours today yet I never found any interesting article like yours It is pretty worth enough for me In my view if all website owners and bloggers made good content as you did the internet will be a lot more useful than ever before

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori